• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Akui PRK Permatang Pauh Kali Ini Sengit

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh kali ini adalah pertandingan sengit antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyifatkan peluang parti itu bertanding kali ini adalah 50:50 dan sehubungan itu beliau menasihatkan parti gabungan, PKR agar tidak terlalu yakin untuk menang.

“Saya akan berikan nasihat kepada rakan-rakan di PKR untuk tidak terlalu yakin akan menang. Kami anggap ini adalah satu pertandingan 50:50,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lim berkata Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera pilihan raya bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh itu malam esok.

“Kita lihat nampaknya BN mula awal…saya rasa itu cabaran dan kita akan berikan sokongan (kepada PKR) untuk hadapi cabaran daripada BN,” katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandang kerusi Parlimen itu Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon keluarganya atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April ini hari penamaan calon manakala hari pengundian 7 Mei. Pengundian awal 3 Mei. – BERNAMA

Tags: DAPPRK Permatang Pauh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Menjunjung tinggi pendirian Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Menerusi satu...

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

12/10/2026
0

MELAKA - DAP mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Melaka bagi mencabar kesahihan pindaan perlembagaan negeri yang membolehkan pelantikan sehingga tujuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd