• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chelsea Atasi Gegaran Adam Sebelum Benam Stoke 2-1

oleh Ahmad Albab
05/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Chelsea berjaya mengatasi jaringan menakjubkan dari jarak 65 ela daripada Charlie Adam untuk mengukuhkan pendahuluan tujuh mata mengatasi Stoke City 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Sabtu.

Arsenal terdahulu mengurangkan jurang kepada empat mata selepas menewaskan Liverpool 4-1 dan satu kejutan seperti akan berlaku apabila Adam mengikis gol pendahuluan Chelsea daripada Eden Hazard pada minit ke-39 hasil sepakan penalti di Stamford Bridge.

Seminit sebelum tamat babak pertama, pemain tengah dari Scotland itu mengutip bola dalam kawasannya sendiri sebelum membuat rembatan kaki kiri yang langsung menewaskan penjaga gol, Thibaut Courtois,

Gol itu mengenang kembali jaringan daripada David Beckham yang menyungkit cantik ketika menentang Wimbledon pada 1996 dan Chelsea tertekan apabila Diego Costa terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan bahagian hamstring selepas hadir di padang selama 10 minit.

Namun, Loic Remy mencetus ceria Chelsea dengan gol kemenangan pada minit ke-62 apabila menolak masuk hantaran Hazard untuk menyaksikan anak didik Jose Mourinho berada tujuh mata di hadapan dengan berbaki satu perlawanan dalam tangan. – AFP

Tags: Chelsea
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3

JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Nama Johor Darul Ta’zim (JDT) terus bergema di pentas bola sepak antarabangsa apabila kejayaan mengikat kelab gergasi...

JDT Bikin Chelsea Cemas, ‘The Blues’ Nyaris Tewas Di Stadium Sultan Ibrahim

JDT Bikin Chelsea Cemas, ‘The Blues’ Nyaris Tewas Di Stadium Sultan Ibrahim

09/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI - Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi membuktikan prestijnya apabila tampil berani dan tidak gentar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd