• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Catatan Facebook Nga Kor Ming Adalah Fitnah – Najib

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedia menerima cadangan dan kritikan terhadap kepimpinannya, tetapi sebarang tulisan berunsur fitnah sama sekali tidak boleh diterima.

Dalam catatan terbarunya dalam Facebook rasmi beliau hari ini, Najib berkata, beliau terpaksa mengambil tindakan selepas catatan anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming mempunyai unsur fitnah serta berniat jahat.

“Saya sedia menerima cadangan dan kritikan terhadap kepimpinan, dasar dan pentadbiran saya tetapi catatan Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming di laman Facebooknya bersama dengan gambar mengenai saya dan isteri adalah fitnah dan tulisan yang berniat jahat.

“Oleh itu, saya telah mengarahkan peguam saya untuk menghantar kepada Nga Kor Ming satu surat tuntutan mohon maaf dan sekiranya gagal berbuat demikian, saya akan mengambil tindakan undang-undang selanjutnya,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, telah menghantar surat tuntutan kepada Nga, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Perak berhubung kenyataan Facebook bertarikh 29 Mac itu.

Kenyataan yang dimaksudkan itu didakwa dimuat naik dalam satu status bergambar bertajuk ‘Nga Kor Ming: Siapa PM Malaysia Yang Sebenar? Jawab!’.

Dalam surat itu, firma guaman berkenaan menuntut Nga supaya mengeluarkan status itu daripada Facebooknya dan berhenti menyiarkan kenyataan berunsur fitnah berkaitan isu terhadap Najib dan Rosmah dalam tempoh 48 jam mulai semalam.

Ia juga menuntut Nga supaya mengeluarkan permohonan maaf secara bertulis tanpa syarat dan menarik balik artikel yang didakwa fitnah itu mengikut syaratnya, juga dalam tempoh 48 jam. – BERNAMA

Tags: fitnahNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Seru Jentera PH Kerja Keras, Lawan Fitnah Dan Hasutan Pada PRN Melaka

PMX Anwar Seru Jentera PH Kerja Keras, Lawan Fitnah Dan Hasutan Pada PRN Melaka

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh calon dan jentera Pakatan Harapan (PH) bekerja keras meraih...

Jep Sepahtu Minta Maaf Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Shuib, Dakwa Bukan Sindiran Tetapi Fitnah

Jep Sepahtu Minta Maaf Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Shuib, Dakwa Bukan Sindiran Tetapi Fitnah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelawak terkenal, Jep Sepahtu memaklumkan bahawa beliau sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap Shuib Sepahtu berhubung kenyataan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd