Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Filem Jepun Beri Impak...

KUALA LUMPUR – Filem Jepun meniupkan inspirasi dan memberi impak besar kepada industri...

265 Kontena Sisa Plastik...

BUTTERWORTH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang mendedahkan hari ini terdapat...

Pembebasan Anwar, Kembali Aktif...

SEREMBAN - Tahun 2018 bukan sahaja menyaksikan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang...

Milla, Dinobatkan Sebagai Kanak-Kanak...

Milla Bizzotto bukan kanak-kanak biasa sebaliknya kanak-kanak yang berusia sembilan tahun ini berjaya...

Buruh Dipenjara 6 Bulan Sembunyi Kereta Curi

PETALING JAYA – Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyembunyikan sebuah kereta, bulan lepas.

Majistret Fadzlin Suraya Mohd Suah memerintahkan tertuduh Muhammad Faris Mohd Ali @ Sudin, 25, menjalani hukuman itu dari tarikh tangkapan mulai 26 Mac lepas.

Dia didakwa menyembunyikan kereta curi bernilai RM24,000 milik pelajar lelaki, Koo Jia Shin, 22, di rumah tertuduh di Block 4/81 Felda Kemahang, Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan pada 9.45 pagi 25 Mac lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Dalam rayuannya, Muhammad Faris yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana hanya berpendapatan kecil dan perlu menyara keluarganya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori