• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Batal 22 Laluan Ekoran Sidang Asia-Afrika

oleh
16/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Syarikat penerbangan tempatan, AirAsia Indonesia mengumumkan pembatalan 22 penerbangan tempatan dan luar negara susulan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara, Bandung.

Ia ekoran Konferensi Asia-Afrika yang akan berlangsung di bandar raya ibu wilayah Jawa Barat itu dari 23 sehingga 24 April ini, kata Ketua Perkhidmatan Korporat dan Komunikasi AirAsia Indonesia, Audrey Progastama Petriny.

Ada juga beberapa laluan yang terpaksa dibatalkan kerana pesawat syarikat berpusat dari Malaysia itu secara kebetulan masih berada di Bandung dan dilarang terbang atas faktor keselamatan ramai kenamaan antarabangsa.

Penerbangan dari dan ke Bandung dibatalkan pada 23 dan 24 April 2015:
1. QZ 361/ QZ 367 = Bandung – Singapura: pukul 10:40 / 13:50
2. QZ 362 / QZ 368 = Singapura – Bandung: pukul 19:15 / 17:00
3. QZ 173/ QZ 177 = Bandung – Kuala Lumpur: pukul 11:50 / 16:15
4. QZ 172/ QZ 176 = Kuala Lumpur – Bandung: pukul 15:20 / 19:45
5. QZ 7910 = Bandung – Denpasar: pukul 17.15
6. QZ 7911 = Denpasar – Bandung: pukul 20.20

Penerbangan dari dan ke Bandung yang dibatalkan hanya 24 April 2015:
1. QZ 7912 = Bandung – Denpasar pukul 06:00
2. QZ 7913 = Denpasar – Bandung pukul 09:15
3. QZ 7581 = Bandung – Pekanbaru pukul 06:50
4. QZ 7582 = Pekanbaru – Bandung pukul 09:00
5. QZ 365 = Bandung – Singapura pukul 17:15
6. QZ 366 = Singapura – Bandung pukul 20:20
7. QZ 7632 = Bandung – Surabaya pukul 11:05
8. QZ 7631 = Surabaya – Bandung pukul 12:55

Penerbangan dibatalkan melibatkan jadual pesawat dari Bandung:
1. QZ 376 = Solo – Singapura pukul 15:40, 23 April 2015
2. QZ 375 = Singapura – Solo pukul 14:00, 23 April 2015
3. QZ 663 = Singapura – Semarang pukul 14:00, 23 April 2015
4. QZ 662 = Semarang – Singapura pukul 16:10, 24 April 2015

Susulan pembatalan, AirAsia Indonesia menawarkan dua pilihan kepada penumpang yang terjejas sama ada memindahkan jadual penerbangan untuk laluan yang sama bagi tarikh penerbangan 14 hari setelah pembatalan penerbangan tanpa dikenakan bayaran.

Penumpang juga diberi pilihan kedua iaitu mendepositkan Credit Shell iaitu bayaran dibuat kepada AirAsia senilai harga tiket yang dapat digunakan untuk pembelian tiket AirAsia lainnya dalam masa tiga bulan. – Agensi/A.AMREE

Tags: AirAsiaIndonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd