Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

JAKOA Sedia Pengangkutan Murid...

KOTA BHARU - Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan menyediakan pengangkutan untuk murid...

Stacy Tak Kisah Populariti...

HUBUNGAN cinta yang terjalin antara penyanyi Stacy, 25 dan Akim Ahmad, 24, sememangnya...

Malaysia Mahu Bebas Asap...

GEORGE TOWN - Malaysia dijangka dapat mencapai sasaran sebagai Negara Bebas Asap Rokok...

JPSPN Semak Semula Keperluan...

PUTRAJAYA – Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) kini sedang menyemak semula keperluan...

Abu Mendiang Tan Disemadi Di Prestavest Memorial Park

ALOR SETAR – Abu mendiang Datuk Tan Huat Seang selamat disemadikan di Prestavest Memorial Park, di Kebun 500, Pokok Sena dekat sini kira-kira 12 tengah hari tadi.

Pengebumian abu mendiang dihadiri anggota keluarga dan sahabat handai.

Upacara keagamaan berlangsung sebelum itu di kediaman Tan di Taman Golf di sini pada 9 pagi.

Kira-kira 300 orang hadir dalam upacara keagamaan itu untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan.

Abu mendiang dibawa keluar dari kediamannya kira-kira 11.30 pagi dan dibawa terus ke Prestavest Memorial Park untuk upacara pengebumian.

Mendiang Tan meninggalkan seorang isteri, Datin Yee Siew Yen, 58, dan empat anak iaitu dua lelaki – Tan Hon Yew, 27, dan Tan Hong Liang, 35; serta dua perempuan – Tan Lee Fong, 32, dan Tan Lee Peng, 28.


Mendiang yang merupakan pemilik Syarikat SP Baiduri Sdn Bhd dan lima lagi mangsa terkorban selepas helikopter AS365N2 Dauphin (9M-1GB) yang dinaiki mereka terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang Sabtu.

Antara yang terkorban Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.

Tiga lagi mangsa ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier, Aidana Baizieva (rakan juruterbang) dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori