Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Gambar Gorila Korek Hidung...

SELAIN memiliki batang tubuh menyerupai manusia, gorila memiliki otak agak geliga dan kadangkala...

Pelan Tindakan 4 Intipati...

PUTRAJAYA - Pelan Tindakan Untuk Masyarakat India Malaysia, yang akan dilancarkan Ahad ini,...

Jun Hingga Disember Tiada...

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan tiada suhu ekstrem yang melebihi 38...

Tragedi Pusat Tahfiz: Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan khidmat kaunseling kepada...

Wanita Telan 68 Kapsul Dadah

Jakarta – Seorang wanita warga Kenya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang dekat sini kerana cuba menyeludup dadah dengan menelan 68 kapsul methamphetamine.

Timbalan pengerusi unit dadah Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Subekti berkata, wanita itu yang dikenali sebagai OS berusia 33 tahun bekerja di sebuah pusat kecantikan di Kenya.

“Dia juga seorang graduan dari sebuah universiti di sana,” katanya.

Katanya, wanita itu menelan kapsul untuk mendapatkan AS$3,500 (RM12,899) atas arahan seorang lelaki warga Nigeria yang dikenali sebagai S.

“S mengarahkan OS menelan 70 kapsul dadah dan dua daripada kapsul itu dikeluarkan di sebuah tandas di Hong Kong,” jelasnya.

Rancangan penyeludupan itu bermula apabila S menghubungi seorang lelaki warga Nigeria di Jakarta yang dikenali sebagai JP sejak beberapa bulan lalu.

JP, 33, yang menjadi seorang pedagang tekstil di pasar Tanah Abang mempunyai seorang teman wanita dikenali sebagai IM, 39.


S memberitahu JP seseorang akan membawa sesuatu ke Indonesia.

“Daripada maklumat penahanan OS, kami menghubungi IM dan memberitahunya bahawa bahan itu berada di sebuah hotel,”kata Subekti.

Polis juga berjaya menahan IM dan juga JP.

Ketua pejabat imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Irianto berkata, OS ditahan pegawai imigresen 24 Februari lalu. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=wdUFC91b-P0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori