• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ugut Pisah Dgn UMNO – MCA Jangan Besar Kepala

oleh AK-47
20/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

“MCA jangan nak ugut UMNO, jangan sengaja nak panaskan keadaan, hukum hudud hanya libatkan orang Islam,” tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Beliau mengingatkan MCA jangan berlagak seperti kadok naik junjung dan besar kepala.

Katanya, jika hanya untuk meraih sokongan pengundi Cina ternyata ugutan MCA itu silap kerana UMNO tidak akan tunduk kepada sebarang bentuk tekanan.

“Hudud adalah untuk orang Islam, tidak ada kena mengena dengan MCA, Gerakan atau MIC, ini hak umat Islam, orang Melayu beragama Islam,” tegasnya.

Katanya, UMNO tidak ada masalah dengan ugutan tersebut jika ianya berasaskan kepada hukum hudud.

“Hari ini MCA ugut UMNO, rentak mereka seperti DAP, parti perkauman,” katanya sambil menegaskan Presiden MCA dituntut memberikan penjelasan brrhubung ugutan tesrebut.

Secara peribadi kata Syed Ali, beliau menyambut baik langkah UMNO Kelantan yang turut menyokong rang undang-undang dibentang oleh PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut.

Tambah beliau, UMNO sebagai parti terbesar kepada orang Melayu tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba menentang pelaksanaan hukum yang terkandung dalam ajaran Islam.

” Jika MCA berasakan sudah cukup kuat, tiada halangan untuk mereka berpisah dengan UMNO, parti yang mewakili sebahagian besar orang Melayu.

“Kalau dah besar kepala, silakan, tetapi jangan nak hasut rakan-rakan lain dalam komponen Barisan Nasional (BN),” tegasnya.

Beliau mengingatkan komponen BN itu supaya tidak mengikut rentak DAP yang menentang keras cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Katanya, MCA tidak sepatutnya membuat ancaman dan ugutan untuk berpisah dengan UMNO jika menyokong langkah kerajaan Kelantan laksanakan hukum hudud.

“MCA kena faham, hudud bukan agenda politik, ini bab hukum-hakam ajaran Islam, hak penganut islam,” tegasnya lagi.

Selaku rakan komponen BN katanya, MCA seharunya merujuk terlebih dahulu kepada UMNO secara berhemah.

“Tindakan mengugut untuk berpisah dengan UMNO sebagai tidak matang dan hanya boleh mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Bagaimanapun Syed Ali menegaskan, UMNO tidak gentar dengan ugutan tersebut.

“UMNO akan mempertahankan kesucian agama Islam dan tidak akan membiarkan mana-mana pihak termasuk MCA memperlekehkannya.

Beliau mengulas ugutan yang dibuat oleh seorang pemimpin MCA, Gan Peng Sieu yang merupakan pengerusi pasukan petugas khas MCA mengenai pelaksanaan dasar dan undang-undang syariah, seperti dilaporkan portal berita malaysiakini.com hari ini.

Gan dipetik sebagai berkata, MCA mesti memutuskan hubungan dengan UMNO jika parti itu menyokong langkah kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Katanya, jika UMNO menyokong rang undang-undang itu di peringkat persekutuan atau Parlimen, maka ia telah melanggar asas fundamental negara, pembinaan bangsa dan kontrak sosial.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Gan berkata jika perlu mengatakannya, beliau akan menggesa parti-parti komponen lain untuk juga berpisah daripada UMNO.

Mengulas lanjut, Syed Ali berkata Presiden MCA didesak supaya memberikan penjelasan  berhubung kenyataan tersebut.

“Ugutan yang dibuat sesama rakan komponen dalam BN amat serius dan Presiden MCA perlu bertanggungjawab,” tegasnya.

Menurutnya, MCA sepatutnya menghormati prinsip UMNO yang merupakan parti terbesar orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Beliau juga menyifatkan Gan sebagai cuba menghasut rakan-rakan komponen supaya berpisah dengan UMNO.

“Mengapa nak heret parti lain pula, kalau MCA dah besar kepala, silakan berbuat demikian,” tegasnya.

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ferrari Kuning Milik Zizan Razak Kemalangan?

Next Post

HUDUD – MP UMNO Akan Undi Ikut Suara Hati

Related Posts

Suspek Mungkin Orang Upahan – Suami Mangsa Simbah Asid

Suspek Mungkin Orang Upahan – Suami Mangsa Simbah Asid

19/05/2025
0

BACHOK: Suami pengusaha spa yang disimbah cecair dipercayai asid tidak menolak kemungkinan suspek yang melakukan perbuatan itu diupah pihak tertentu....

Nahas FRU: Bebas 20 Minit, Pemandu Lori Batu Ditahan Semula Kes Curi Lembu

Nahas FRU: Bebas 20 Minit, Pemandu Lori Batu Ditahan Semula Kes Curi Lembu

19/05/2025
0

IPOH - Baru sahaja 20 minit dibebaskan dengan jaminan mahkamah, pemandu lori muatan batu kerikil yang didakwa menyebabkan kematian sembilan...

Next Post

HUDUD - MP UMNO Akan Undi Ikut Suara Hati

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd