Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Yogi, Anjing ‘Wajah Manusia’...

APABILA Chantal Desjardins memuat naik foto anjing peliharaannya, Yogi, ke media sosial, dia tidak...

Gunung Anak Krakatau Meletus...

SUMATERA : Gunung Anak Krakatau di Kabupaten Lampung Selatan meletus sebanyak sembilan kali...

Warga Emas Disyaki Rogol...

AHLI perniagaan lelaki ditahan polis apabila dipercayai terbabit dalam kes rogol remaja perempuan...

Tiga Sahabat Ke Tali...

SHAH ALAM : Nasib tiga sahabat ke tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di...

HUDUD – MP UMNO Akan Undi Ikut Suara Hati

KUALA LUMPUR — Anggota Parlimen Islam daripada UMNO akan
mengundi mengikut ‘conscience’ (suara hati) masing-masing jika PAS membentangkan
rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat untuk melaksana hudud di
Kelantan.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Abdul
Samad berkata oleh kerana ini hal berkaitan kepercayaan dan agama, UMNO tidak
mengeluarkan sebarang arahan kepada wakil-wakil rakyatnya.

Mereka perlu membuat keputusan sendiri, katanya.

“Suara hati termasuk (mengambil kira) apa yang terbaik untuk rakyat dan
negara dan bukan apa yang terbaik untuk diri anda kerana anda mewakili rakyat,”
kata Shahrir kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini.

Shahrir ditanya sama ada UMNO akan memberi sokongan kepada PAS supaya ia
mendapat majoriti mudah di Dewan Rakyat bagi rang undang-undang tersebut.


Anggota Parlimen Johor Baharu itu berkata: “Kita bukan robotik, kita tidak
selalu kata ini dasar parti.

“Kita mesti mengambil kira apakah kepentingan rakyat”. — BERNAMA

Video 17 Mac

  • Lagi berita berkaitan:
  • Hudud

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori