• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuala Wanita Kena GST Cuit Hati Sidang Dewan Rakyat

oleh AK-47
19/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR (Bernama) — Perbahasan seorang anggota Parlimen yang
menyuarakan luahan hati kaum wanita di kawasan beliau yang risau terpaksa
membayar harga lebih tinggi bagi tuala wanita apabila Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (CBP) dilaksanakan kelak, mencuit hati anggota Dewan Rakyat.

Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) mendakwa ramai wanita di kawasan
Parlimen beliau keliru dan tertanya-tanya mengenai senarai barangan yang akan
dikenakan CBP, apabila dikuatkuasakan pada 1 April nanti.

“Kotex (tuala wanita) pun mau kena caj CBP. Wanita kata kepada saya kami
tiap-tiap bulan kena caj. Banyak lagi barang kena caj seperti sos tomato, sos
cili, sharpener, pensil dan bahan cuci tandas pun kena caj,” katanya yang
mengundang ketawa anggota Parlimen yang berada di dalam dewan.

Tiong yang membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong
Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, mendakwa kini semakin banyak barang keperluan
rakyat telah disenaraikan sebagai barangan yang akan dikenakan CBT.

“Sebelum ini saya menghadiri penerangan (mengenai CBP) hanya barang tertentu
dikenakan CBP, namun kini semakin banyak barangan keperluan rakyat biasa turut
dikenakan cukai dan ini membebankan kewangan rakyat berpendapatan rendah dan
sederhana,” hujah beliau.

Beliau turut mempersoalkan mengapa agensi penguatkuasa kerajaan tidak
mengambil tindakan terhadap peniaga yang mempromosikan jualan produk melalui
iklan dengan menimbulkan rasa takut terhadap CBP seperti ‘Best Sales Before GST’
dan ‘Premium Sales Pre-GST’.

Susulan ucapannya itu, Nga Kor Ming (DAP-Taiping) dan Chong Chieng Jen
(DAP-Bandar Kuching) bangkit mencelah dengan meminta Tiong menyokong usul
penangguhan pelaksanaan CPB, manakala Chua Tian Chang (PKR-Batu) meminta
pengesahan terhadap pelaksanaan cukai itu menjejaskan kemasukan pelabur dari
luar.

Tiong bagaimanapun menegaskan beliau bersetuju dengan pelaksanaan cukai itu
kerana ia dilaksanakan oleh 160 negara lain dan menolak cadangan pembangkang
dengan menyifatkan mereka sebagai ‘banyak kung kali kung’ (putar-belit) kerana
mempunyai agenda tersendiri.

Justeru beliau mengusulkan kerajaan agar pelaksanaan CBP tidak dibuat secara
berperingkat dengan didahuli dengan barangan mewah untuk mengelakkan kemarahan
rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.– BERNAMA

Tags: CukaiGST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

31/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan cukai langganan ChatGPT seperti diperkatakan di media sosial, kata Menteri Komunikasi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd