• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Penjana Geoterma Mesra Alam Jadi Kemudahan Contoh

oleh Ahmad Albab
06/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEPPU (Jepun) – Terletak di Taman Negara Aso-Kuju dekat sini di tengah-tengah pemandangan indah mata air panas dan gunung diliputi salji, Stesen Janakuasa Geoterma Hatchobaruis adalah kemudahan mesra alam sekitar yang boleh dicontohi negara lain, terutamanya negara di rantau ASEAN.

Tapak janakusa terma 110,000 kilowatt (kW) itu, yang mempunyai kadar kapasiti terbesar di Jepun, menggunakan sumber haba bawah tanah yang tidak mencemarkan udara dan memberi tumpuan kepada keharmonian dengan persekitaran semula jadi.

Menurut Timbalan Pengarah Stesen Penjanaan Loji Hatchobaru Kyushu Electric Power Co Inc (EPC) Seiki Kawazoe, geoterma merupakan tenaga keempat utama dunia dengan sumber bekalan tenaga yang amat stabil.

“Meskipun memerlukan banyak belanja untuk dihasilkan dengan sumbangan yang agak kecil dalam gabungan beberapa jenis bekalan tenaga di Jepun, ia berperanan utama berdasarkan faktor kapasiti yang besar tanpa perlu bimbang dalam menyimpan atau membekalkan tenaga,” katanya kepada sekumpulan wartawan ASEAN yang menyertai program anjuran Kementerian Hal Ehwal Luar Jepun di sini baru-baru ini.

Di stesen berkenaan, tenaga geoterma dijana menerusi apa yang dikenali sebagai ‘double flash system’, dibangunkan bersama dan dikeluarkan untuk kegunaan komersial oleh Kyushu EPC dan Mitsubishi Heavy Industries Ltd selaku perintis di dunia.

Hatchobaru adalah Stesen Janakuasa Geoterma tanpa jagaan yang dikawal oleh pengendali yang ditempatkan di Otake, kira-kira dua kilometer dari situ.

Kawazoe berkata kuasa geoterma, yang berdaya maju dan merupakan sumber tenaga domestik sepenuhnya, adalah antara lapan jenis tenaga yang ada di Jepun iaitu hidro, minyak, arang batu, solar, angin, gas dan nuklear.

Daripada aspek pengurangan pemanasan global, beliau berkata tenaga geoterma adalah sumber tenaga semula jadi yang amat berkesan dalam mengawal pelepasan karbon dioksida.

Atas sebab inilah, katanya, harapan tinggi diletakkan bagi pembangunan tenaga geoterma di Jepun untuk menyediakan bekalan tenaga elektrik yang stabil.

Beliau berkata Jepun mempunyai 18 stesen sedemikian dengan kapasiti berjumlah kira-kira 540 megawatts (MW), dan Kyushu EPC mengendalikan tujuh unit, menghasilkan 212 MW atau 39 peratus daripada keseluruhan output.

Pada masa ini, kemudahan tenaga geoterma dunia ini menghasilkan sejumlah 10,715 MW. Dalam kalangan ASEAN, Filipina menghasilkan 1,904 MW; Indonesia, 1,197 MW dan Thailand, 0.3 MW.

Dilaporkan bahawa di daerah Hatchobaru dalam Oita Prefecture, letusan magma gunung berapi, sumber haba bagi tenaga geoterma, bermula kira-kira 200,000 tahun lepas dan membentuk takungan geoterma sekarang.

“Di (daerah) Hatchobaru, takungan ini disahkan oleh penyelidikan dan kajian permukaan serta penggerudian telaga jelajahan, dan wap yang dimanfaatkan daripada telaga itu digunakan untuk menjana tenaga,” katanya.

Bagi pembangunan stesen tenaga Hatchobaru, beliau berkata Kyushu EPC bertanggungjawab terhadap pembangunan, kajian sumber geoterma, cari gali, dan pembangunan serta perancangan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Himpunan Setia Keadilan P.100 Pandan Jadi Saksi Perjuangan Terus Hidup – Tengku Zafrul

Himpunan Setia Keadilan P.100 Pandan Jadi Saksi Perjuangan Terus Hidup – Tengku Zafrul

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Perjuangan ini bukan milik individu. Ia milik semua yang mahukan perubahan nyata untuk Pandan dan Selangor" Demikian...

Negeri Johor Cemerlang Bawah Pimpinan Onn Hafiz, ‘Budak’ Ini Ada Keberanian – MCA

Negeri Johor Cemerlang Bawah Pimpinan Onn Hafiz, ‘Budak’ Ini Ada Keberanian – MCA

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong memuji kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd