• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reman 11 Individu Termasuk 6 Anggota TLDM Disambung 3 Hari

oleh Ahmad Albab
16/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tahanan reman 11 daripada 15 individu, termasuk enam pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, disambung tiga hari mulai Selasa.

Penolong Pegawai Undang-Undang Mahkamah Khas Rasuah Wong Lok Hai membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Enam penjawat awam itu, termasuk seorang wanita dan seorang pegawai TLDM berpangkat Leftenan Komander, disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana disyaki menerima suapan sebagai upah atau dorongan untuk mengambil tindakan atau tidak mengambil tindakan, yang berkaitan dengan tugas rasmi mereka.

Lima orang awam yang terbabit pula disiasat mengikut Seksyen 17(b) akta sama kerana disyaki memberi suapan manakala empat lagi dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Sebelum ini, menurut jurucakap SPRM, antara sebab pihaknya menahan kesemua suspek yang dipercayai saling mengenali itu ialah selepas menerima aduan berhubung gaya hidup mewah mereka. – BERNAMA

Tags: PenjaraTLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd