• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Akan Bertindak Tegas Terhadap Penghasut – Noor Rashid

oleh Ahmad Albab
13/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan akan bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang cuba mencetuskan isu berbau hasutan.

Noor Rashid berkata tindakan tegas seperti itu perlu diambil pihak polis bagi memastikan rakyat dan negara terus berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

“Kalau kita rujuk kepada takrif Seksyen 2, Akta Hasutan, (ia) dipanggil kecenderungan untuk menghasut.

Sesiapa sahaja yang mempertikai kedudukan Raja-Raja, sesiapa sahaja mempertikai kewibawaan mahkamah yang ada dalam negara kita, sesiapa sahaja menghasut yang menimbulkan ketegangan kaum, kita takrifkan (perbuatan itu) di bawah Seksyen 2, Akta Hasutan (1948) ini,” katanya.

Noor Rashid berkata demikian kepada pemberita semasa mengulas mengenai siasatan polis terhadap Doris Jones yang dikaitkan dengan kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) selepas menutup Seminar Integriti Ketua Balai Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Noor Rashid berkata polis akan melakukan siasatan sebelum mengambil tindakan sewajarnya termasuk membuat tuduhan di mahkamah ke atas sesiapa sahaja yang cuba mempertikai perkara-perkara di bawah Seksyen 2, Akta Hasutan itu.

Beliau berkata walaupun Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kebebasan bersuara atau berbuat sesuatu kepada rakyat di negara namun kebebasan berkenaan ada had atau batasannya.

“Maknanya, kalau kita nak bercakap, kita kena tahu batasannya. Kalau anda melangkau batasan berkenaan. Maka sebagai pegawai polis, dengan tujuan untuk memelihara keamanan dan ketenteraman negara, kita akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Mengulas mengenai seminar berkenaan, Noor Rashid berkata ia akan dilaksanakan di seluruh negara dan antara negeri yang sudah melaksanakan seminar berkenaan selain Sabah ialah Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan Pulau Pinang.

Katanya seminar, anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan (JIP), iaitu jabatan baharu dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diwujudkan pada Julai tahun lalu, adalah untuk memastikan pegawai dan anggota PDRM mematuhi piawaian yang ditetapka ketika melaksanakan tugas.

“Dalam usaha kita memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, kita pun telah menetapkan penanda aras kita dan pegawai dan anggota harus mampu melepasi piawaian yang ditetapkan. Ini untuk memastikan pegawai dan anggota polis sentiasa peka dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka dan peka dengan kehendak masyarakat,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=iXO6-5vv3o0

Tags: hasutanpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

27/11/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd