Friday, December 8, 2023

Creating liberating content

Maszlee Enggan Ulas Isu...

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, enggan mengulas isu pembelajaran tulisan...

Gempa Sabah: 16 Pendaki...

KOTA KINABALU - Seramai 16 daripada 189 pendaki yang terperangkap di Gunung Kinabalu...

Berpisah Sebab Lewis Hamilton...

SELEPAS tujuh tahun berada dalam hubungan cinta 'on and off' akhirnya pasangan kekasih Lewis Hamilton dan...

Wanita Saudi Boleh Pandu...

RIYADH - Jabatan Trafik Arab Saudi mengumumkan bahawa wanita negara tersebut bakal dibenarkan...

Pengawal Keselamatan Dipenjara Kerana Cederakan Rakan

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan warganegara Nepal dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan rakan serumahnya.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu ke atas Servador, 37 kerana mencederakan Yam Bahadur Gharty, 30, juga warga Nepal, di 41-2-2 Blok Q Taman Sri Kuching, Sentul, di sini, pukul 1 pagi, 3 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian tertuduh yang dalam keadaan mabuk telah masuk ke bilik pengadu dan mencederakan pengadu menggunakan sebilah pisau berukuran 30 sentimeter.


Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal memandangkan tertuduh telah mencederakan mangsa hingga boleh menyebabkan kematian.

Selain itu, Servador juga dihukum penjara lima bulan kerana tidak mempunyai permit masuk atau pas yang sah untuk berada di negara ini dan mahkamah memerintahkan Servador menjalani hukuman bagi kedua-dua pertuduhan itu secara serentak dari tarikh tangkap iaitu pada 3 Mac. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori