• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Curi Kereta Dipenjara 13 Bulan

oleh Ahmad Albab
11/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Mencuri ini bukan satu pekerjaan. Jika kamu tidak ada duit, pergilah cari kerja lain. Macam-macam pekerjaan kamu boleh buat di Malaysia yang tidak menyalahi undang-undang,” nasihat Majistret kepada seorang penganggur yang mengaku bersalah mencuri sebuah kereta hari ini.

Majistret Nurul Ain Abdul Rahim menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan ke atas Teoh Lai Huat, 34, dan memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 8 Mac lepas.

Teoh didakwa mencuri sebuah kereta jenis Toyota Avanza di hadapan kedai runcit di Taman Indah Murni, Segambut, pada 8 Mac lalu dan didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 12 bulan dan tidak lebih tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Nurul Ain berkata Teoh tidak mempunyai rekod lampau dan sepatutnya memikirkan kesan sebelum mahu melakukan apa-apa tindakan.

Sekarang tengok apa dah jadi, kamu mencuri dan harus meringkuk dalam penjara. Bagaimana nasib adik kamu selepas ni,” katanya.

Ketika rayuan, Teoh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman paling ringan atas alasan dia telah kematian ibu bapanya dan perlu menanggung adiknya yang berusia 24 tahun.

“Saya mencuri kerana tidak lagi mampu membayar bil dan sewa rumah, saya amat terdesak,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak terlibat dengan jenayah. – BERNAMA

Tags: curi keretaPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd