• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Teksi Janji Perkhidmatan Lebih Baik

oleh Ahmad Albab
25/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Persatuan teksi berikrar memberikan perkhidmatan lebih baik pada masa akan datang seiring dengan kelulusan terkini Kabinet menaikkan kadar baharu tambang teksi.

Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor (Perpekli) Datuk Aslah Abdullah berkata, beliau gembira dengan kelulusan Kabinet berhubung struktur tambang baharu itu dan berharap semua pemandu teksi akan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Kami telah mendapat satu set standard peraturan, dan saya berharap pemandu akan berusaha untuk mematuhi semua peraturan itu dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.

“Salah satu daripada peraturan utama yang perlu mereka ikuti adalah menggunakan meter dan jika perlu, mencetak resit,” kata beliau sambil menambah sebarang bentuk tawar-menawar tidak dibenarkan.

Aslah menambah bahawa resit yang dicetak mempunyai semua butiran seperti caj menunggu dan kos bagi setiap kilometer.

“Kita juga menggalakkan pelanggan supaya meminta resit kerana ia adalah satu usaha ke arah meningkatkan profesionalisme pemandu,” kata Aslah.

Setiausaha Persatuan Pemilik dan Pemandu Teksi Malaysia, Hiew Pow Man berkata kenaikan tambang itu turut memihak kepada penumpang, sebagaimana ia memberi manfaat kepada pemandu.

“Kita juga berharap kenaikan kadar akan menggalakkan lebih ramai pemandu menjaga kenderaan dan juga penumpang mereka,” katanya, sambil menambah bahawa di bandar ini sahaja terdapat sekurang-kurangnya 35,000 buah teksi.

“Kadar baharu pasti akan menggalakkan pemandu untuk menggunakan meter dan ini adalah baik kerana penumpang juga tidak akan berasa seperti mereka ditipu,” kata Hiew.

Sementara itu, jurucakap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata agensi itu akan mematuhi keputusan Kabinet untuk menangguhkan cadangan kenaikan tambang bas dan kereta api. – mStar Online

Tags: pemandu teksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

23/02/2024
0

PUTRAJAYA - Bermula bulan depan, seramai 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas sekolah dalam negara bakal menikmati caruman Pertubuhan...

Penerima Prihatin Dikecuali Lalui Proses Permohonan Permai

15/02/2021
0

PUTRAJAYA - Pemandu teksi, kereta sewa, bas persiaran, bas sekolah dan e-hailing yang menerima bantuan Prihatin sebelum ini akan dikecualikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd