• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tak Patut Sertai Pakatan Rakyat Semasa 2008 – DAP

oleh Ahmad Albab
24/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP mengkritik pendirian yang dibuat Mursyidul Am PAS yang baharu, Datuk Dr. Haron Din berhubung kepentingan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, kenyataan Haron bahawa PAS lebih mengutamakan hudud daripada kerjasama dalam Pakatan Rakyat menyimpang daripada pendirian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Mursyidul Am PAS yang baharu menyatakan hudud lebih penting daripada kerjasama dengan Pakatan Rakyat. Pendirian ini sangat jelas bukan pendirian Nik Abdul Aziz semasa beliau menjadi Mursyidul Am PAS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Haron semalam menegaskan parti itu lebih mengutamakan hukum Allah iaitu hudud daripada hukum manusia termasuk urusan kerjasama politik dengan Pakatan Rakyat.

Beliau juga menegaskan bahawa PAS tidak akan berganjak dengan perjuangannya melaksanakan hukum hudud sekalipun mendapat tentangan keras DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kit Siang berkata, Haron menyatakan pendirian itu merupakan pendirian PAS sejak sekian lama, maka jika benar begitu parti tersebut tidak sepatutnya menyertai Pakatan Rakyat pada tahun 2008.

Katanya, jika itu memang pendirian PAS selama ini, maka parti itu tidak sepatutnya mempersetujui dasar bersama Pakatan Rakyat sebelum ini dan menipu pengundi Pilihan Raya Umum Ke-13 kononnya PAS tidak meletakkan hudud sebagai keutamaan.

“Satu kesalahan jika PAS menuduh siapa yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud adalah anti-Islam,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Lim Kit Siang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

04/07/2023
0

Kesilapan memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin nombor dua Umno mengubah hala tuju negara, kata pemimpin DAP itu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd