• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen: Perbelanjaan Asas Untuk Seorang Atlet RM3,250 Sebulan

oleh Ahmad Albab
18/03/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kos perbelanjaan bagi seorang atlet yang menyertai program latihan sepenuh masa kendalian Majlis Sukan Negara (MSN) ialah RM3,250 sebulan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata ia merupakan kos asas yang disediakan MSN, tidak termasuk kos rawatan perubatan dan kos perkhidmatan sains sukan yang disediakan pihak Institut Sukan Negara.

“Ini tidak termasuk kos lain seperti kos penyertaan atlet ke kejohanan sukan tempatan dan antarabangsa,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) yang meminta menteri berkenaan menyatakan kos peruntukan bagi seorang atlet.

Khairy berkata jumlah elaun bulanan yang diterima atlet merangkumi elaun latihan (purata) sebanyak RM1,500, makan (RM900), penginapan (RM750), pengangkutan (mengikut jarak dan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak), insurans berkelompok, latihan dalam dan luar negara serta kem motivasi dan jati diri.

Selain perbelanjaan berkenaan, MSN juga menyediakan skim insentif iaitu Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) kepada atlet yang mencapai kejayaan di temasya sukan dan kejohanan peringkat antarabangsa.

Menurutnya, insentif itu dapat memberi motivasi kepada mereka untuk lebih berjaya dan menjadi pendorong dalam apa jua pertandingan disertai. – BERNAMA

Tags: atletKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd