• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen: 3 Tahun Untuk Penternak Babi Naik Taraf Ladang

oleh Ahmad Albab
24/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penternak babi tempatan diberi tempoh tiga tahun bermula tahun ini untuk menaik taraf ladang ternakan mereka kepada jenis ladang tertutup.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap ladang babi yang tidak memenuhi kriteria itu selepas tamat tempoh berkenaan.

Katanya, ladang moden yang tertutup sepenuhnya dan mempunyai sistem pengurusan sisa yang teratur adalah lebih baik kerana lebih mesra alam dan mesra awam.

Menyedari kos tinggi untuk pembinaan fasiliti ladang ternak babi yang moden, beliau turut meminta pengusaha ladang bergabung tenaga dan sumber untuk membina ladang-ladang yang memenuhi spesifikasi kerajaan.

“Kini, anda mempunyai notis mencukupi untuk semua penternak babi, tiga tahun daripada sekarang, kita akan tutup semua ladang babi yang tidak mematuhi penternakan ladang tertutup,” katanya ketika menjawan soalan tambahan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) di Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Katanya, pendapatan daripada sektor penternakan babi adalah hampir RM2 bilion setahun.

Terdahulu, beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa terdapat sebanyak 737 buah ladang babi di seluruh negara dengan Pulau Pinang mempunyai ladang terbanyak iaitu 199 buah, diikuti Sarawak sebanyak 141 buah dan Selangor sebanyak 128 buah.

Bilangan babi yang direkodkan ialah sebanyak 1.82 juta ekor.

Katanya, pengeluaran daging babi buat masa ini memenuhi 96 peratus daripada permintaan tempatan manakala empat peratus lagi diimport. – BERNAMA

Tags: babiParlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama...

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd