• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Dan Lions XII Lengkapkan Slot Suku Akhir Piala FA

oleh Ahmad Albab
22/03/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Pahang, dan kelab dari Singapura, Lions XII, melengkapkan senarai lapan pasukan ke suku akhir Piala FA 2015 selepas berjaya mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan pusingan ketiga malam tadi.

Di Stadium Darul Makmur, Pahang menang tipis 2-1 ke atas wakil kelab Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), MISC-MIFA.

Skuad ‘Tok Gajah’ hanya berjaya menembusi gawang pasukan pelawat pada minit ke-48 menerusi R. Gopinathan yang memanfaatkan umpanan daripada Dickson Nwakaeme.

Selang 10 minit kemudian, Dickson menjadi watak penting untuk Pahang apabila hantarannya di dalam kotak penalti disambar oleh Mohd Fauzi Rozlan.

Namun, pasukan pelawat berjaya memperolehi gol saguhati pada masa kecederaan babak kedua menerusi rembatan kencang S. Harivarman dari dalam kotak penalti.

Kemenangan itu menyaksikan Pahang bakal berdepan Pulau Pinang pada peringkat suku akhir yang diadakan mengikut format timbal balik pada 7 dan 8 April ini.

Pulau Pinang mara ke suku akhir selepas mengejutkan Negeri Sembilan 2-1 pada aksi pusingan ketiga di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada 17 Mac lepas.

Dalam pada itu, Lions XII melakar kemenangan selesa 4-0 ke atas kelab Liga Perdana, SPA Putrajaya FC di Stadium Jalan Besar, Singapura bagi menempah pertemuan suku akhir dengan Johor Darul Ta’zim II (JDT II).

JDT II mara selepas menang tipis 1-0 ke atas Kedah pada aksi pusingan ketiga, 17 Mac lepas.

Empat gol Lions XII dijaringkan oleh Madhu Mohana pada minit ke-17′, Mohd Khairul Amri Mohd Kamal (27′ dan 84′) dan Gabriel Quak Jun Yi pada minit ke-58.

Dua lagi pertemuan suku akhir membabitkan pertemuan Sime Darby dan Kelantan selain perlawanan Terengganu dan Perak. – BERNAMA

Tags: Piala FA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

‘Hari Ini Bukan Hari Untuk Kita Pulang Ke Rumah Dengan Kepala Kita Ke Bawah’

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi 'azimat' yang membawa...

JDT Pertahan Piala FA

JDT Pertahan Piala FA

22/07/2023
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum memastikan Piala FA berjaya dipertahankan buat dua musim berturut-turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd