Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Etnik Rohingya Mahu Jaminan

NAY PYI DAW – Ratusan ribu pelarian yang me­larikan diri daripada ke­ganasan di...

Video: Lelaki Dirakam Sedang...

SEORANG lelaki dari London kantoi sedang melakukan onani ketika memandu menerusi rakaman sebuah...

Banjir Kilat Di Melaka,...

MELAKA - Sesi persekolahan dua buah sekolah di negeri ini terpaksa ditangguhkan hari...

SPAD Perlu Kaji Semula...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diminta mengkaji semula kadar tambang...

Mati Kebuluran Selepas Jalani Pembedahan Pintasan Gastrik

Southampton – Seorang wanita meninggal dunia akibat kebuluran selepas tiga tahun menjalani pembedahan pintasan gastrik bagi mengatasi masalah kegemukan.

Wanita itu, Angela Jones menjalani pembedahan itu pada 2010 selepas badannya naik mendadak hingga 165 kilogram.

Namun tanpa disangkanya, Angela yang juga ibu kepada dua anak itu mengalami kesan yang teruk akibat pembedahan berkenaan hinggakan dia tidak boleh menelan makanan pepejal.

Menurut anaknya, Chantel, selepas beberapa bulan menjalani pembedahan itu, Angela, 42, mula menunjukkan komplikasi dan pada Mac 2014, dia menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan menyedihkan dengan berat hanya 25 kilogram.

Chantel berkata, selepas pembedahan itu, badan ibunya menjadi kurus, umpama mayat hidup kerana hanya boleh menelan cecair sahaja.

Dia juga menjadi fobia kepada makanan kerana makanan yang ditelannya akan mengakibatkan Angela menjadi sakit.


“’Selepas tiga bulan menjalani pemberdahan itu, berat ibu turun hingga 114 kilogram. Pada mulanya dia amat gembira dengan penurunan berat badannya itu namun doktor pula berasa bimbang kerana ibu kehilangan berat badan yang terlalu banyak dalam masa singkat,” katanya.

Keadaan kesihatan ibunya itu juga memberikan tekanan kepada perkahwinannya dan menyaksikan bapanya, Bryan meninggalkan mereka.

“Saya akan duduk setiap hari dengan ibu untuk memujuknya supaya makan. Saya juga terpaksa menyuap makanan kepadanya sama seperti seorang bayi,” kata Chantel.

Menurut Chantel, ibunya juga terpaksa berulang alik ke hospital selama dua tahun selepas seluruh organnya tidak lagi berfungsi.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori