• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Destinasi Pilihan Utama Pelancong Muslim

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Malaysia adalah destinasi pilihan global pasaran pelancongan Muslim yang semakin berkembang biarpun dua tragedi udara dihadapi syarikat penerbangan negara itu tahun lalu, menurut satu kaji selidik hari ini.

Turki, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Qatar dan Indonesia menyusul Malaysia dalam kedudukan destinasi percutian pilihan pengembara Muslim, menurut laporan pakar pelancongan Islam, Crescentrating dan gergasi pembayaran, MasterCard.

Laporan itu menilai negara berdasarkan keprihatinan terhadap keperluan pelancong Muslim termasuk kewujudan dan akses mudah kepada restoran halal, surau di lapangan terbang, pusat beli belah dan hotel.

Markah semua perkara itu dijumlahkan menjadi Global Muslim Travel Index yang mana Malaysia sebagai negara majoriti Muslim meraih kedudukan tertinggi dengan 83.8 markah, diikuti Turki (73.8), UAE (72.1), Arab Saudi (71.3), Qatar (68.2) dan Indonesia (67.5).

“Kepada pelancong Muslim, Malaysia kekal pilihan utama kerana ia adalah destinasi percutian yang hebat untuk keluarga dan pada masa sama menawarkan suasana amat mesra Muslim,” kata Ketua Eksekutif Crescentrating, Fazal Bahardeen.

“Ini termasuk setiap perkara dari tarikan hebat, makanan halal, penginapan, pusat beli belah kepada surau. malaysia memiliki prasarana terbaik untuk pengembara Muslim,” katanya.

Fazal berkata, 5.9 juta pelancong Muslim melawat Malaysia tahun lalu, meningkat daripada 5.7 juta pada 2013.

Laporan yang pertama kali disediakan Crescentrating dan MasterCard itu, membabitkan 81 destinasi negara bukan islam dan 29 negara Islam.

Ia dikeluarkan beberapa hari sebelum ulang tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 pada 8 Mac tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal. – AFP

Tags: MalaysiaPelancong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyifatkan kejayaan transformasi Battersea Power Station di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd