• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makan Guna Chopstick Dapat Turunkan Kadar Gula Dalam Darah

oleh AK-47
08/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENERUSI satu kajian yang dijalankan oleh pakar pemakanan di Singapura, penggunaan chopstick ketika memakan nasi didapati salah satu cara paling berkesan untuk mengurangkan tahap gula dalam darah.

Menurut laporan akhbar Lianhe Zaobao, kajian yang dijalankan oleh Singapore Institute for Clinical Sciences, National University of Singapore menunjukkan tabiat pemakanan 11 respondan yang menggunakan chopstick, sudu dan tangan untuk makan nasi.

Menurut pengarah kajian tersebut, Jeyakumar Henry, dia mendapat inspirasi untuk mengadakan penyelidikan itu selepas minum di sebuah kopitiam.

“Saya tinggal lebih 30 tahun di United Kingdom dan orang di sana makan menggunakan tangan, tetapi bila sudah menetap tiga tahun di Singapura baru saya sedar kepelbagaian kaum di sini turut melibatkan cara pemakanan yang berbeza di antara satu sama lain.

“Ini membuatkan saya terfikir adakah cara memakan nasi yang berbeza ini boleh memberikan kesan terhadap tindak balas gula dalam darah seseorang.

“Daripada penyelidikan yang dijalankan, kami mendapati makan nasi menggunakan chopstick menunjukkan kadar gula yang kurang, berbanding makan menggunakan tangan atau sudu.

“Ini kerana jika pakai chopstick, jumlah nasi yang dikaut adalah sedikit berbanding menggunakan tangan atau sudu. Jadi, ianya memberikan kesan terhadap kandungan gula dalam darah,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, bila seseorang itu makan dalam jumlah sedikit dan mengunyah secara perlahan-lahan, secara tidak langsung ia akan mengambil masa yang lama untuk badan mencerna kadar pengambilan karbohidrat yang diambil.

“Sebagai contoh, anda mengambil 43 suapan untuk menghabiskan semangkuk nasi jika menggunakan chopstick, sebaliknya jika gunakan tangan dan sudu, anda boleh habiskan dalam lebih kurang 17 hingga 20 suapan sahaja.

“Jika anda mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan makanan, ianya lebih berkesan untuk mengurangkan kadar gula dalam badan,” katanya lagi.

Jadi, buat anda yang ingin mengawal kadar gula dalam darah dan lebih-lebih lagi buat penghidap kencing manis, bolehlah mencuba tip ini.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR

https://www.youtube.com/watch?v=hSXwc9LwMuQ

Tags: kesihatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden memaklumkan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin kini menunjukkan...

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd