• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ku Li Dipelawa Sokong Pakatan Pembangkang

oleh Ahmad Albab
18/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sehari selepas lantang mempersoalkan kedudukan kewangan negara, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ‘dipelawa’ menyokong pendirian pakatan pembangkang.

Malah veteran Umno itu digesa supaya membuktikan kata-katanya yang dianggap bertentangan dengan pendirian Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PAS, Husam Musa berkata Razaleigh diminta menyokong usul tergempar yang akan dikemukakan wakil rakyat pakatan pembangkang di Parlimen bagi mengutuk tindakan polis terhadap pimpinannya.

“Jika rakyat Malaysia boleh percaya tentang serius dan kritikalnya keadaan ekonomi dan politik negara seperti yang diucapkan oleh Ku Li (Tengku Razaleigh), apakah yang mereka boleh harapkan daripada Ku Li?

“Langkah pertama yang boleh diambil Ku Li ialah untuk sama menyokong usul tergempar bagi mengutuk tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar susulan penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurut Husam lagi, pakatan pembangkang dijadual akan membawa usul berkenaan ketika persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.

Ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Parlimen pada Selasa, Razaleigh dengan lantang mengkritik dan mempersoalkan kedudukan ekonomi termasuk jumlah hutang negara.

Malah Ahli Parlimen paling lama berkhidmat itu turut mengulangi gesaannya supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula 1 April depan. – mStar Online

Tags: pakatan rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Bandingkan Piagam UMNO-PAS dengan Pakatan Rakyat

10/09/2019
0

SHAH ALAM - Tindakan Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof cuba membandingkan Piagam UMNO-PAS dengan majlis pembentukan Pakatan...

3 Exco Kerajaan Selangor Dari PAS ‘Diaib’ Di Pentas

20/03/2018
0

PARAH... PAS Selangor mendakwa tiga exco dari parti tersebut dalam barisan kerajaan Selangor berjaya dimalukan pada sambutan Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd