• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kostum Spider-Man Untuk Kanak-Kanak Meletup

oleh Ahmad Albab
17/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPASANG suami isteri mendakwa sehelai kostum watak adiwira Spider-Man yang baharu sahaja dibeli untuk dipakai anak mereka meletup.

Portal berita mirror.co.uk melaporkan letupan itu didakwa berlaku di dalam sebuah bilik yang berpunca daripada kotak plastik bateri yang berfungsi untuk mengeluarkan pancaran cahaya di bahagian dada kostum tersebut.

Bagaimanapun, keluarga berkenaan bernasib baik kerana ketika kejadian, kostum itu tidak dipakai oleh anak mereka, Stephen Slaughter, 4.

Kostum itu sepatutnya dipakai Stephen pada majlis Hari Buku Sedunia di sekolahnya.

Letupan berlaku ketika keluarga tersebut sedang menonton televisyen.

Bapa Stephen, Steven, 57, berkata: “Saya mendengar bunyi kuat seperti retakan dan saya ingatkan sesuatu telah berlaku menembusi tingkap rumah.

“Kotak bateri bagi kostum itu kemudiannya terpelanting ke lantai.

“Saya cuba untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati bahagian bawah bateri tersebut telah meletup.”

Ibu bapa Stephen yang terkejut dengan kejadian yang berlaku mendesak premis di Thornaby, Middlesbrough di England yang menjual kostum tersebut supaya memulangkan semula wang mereka.

Rangkaian pasar raya itu sedang menyiasat aduan berhubung kejadian yang berlaku.

– MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/XAmJWLfFmXE

Tags: letupan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd