• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL, Manila Kaji Rondaan Di Laut Sulu – Hishammuddin

oleh Ahmad Albab
12/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Filipina telah mengkaji kemungkinan menjalankan rondaan yang diselaraskan di perairan Laut Sulu yang memisahkan kedua-dua negara.

Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat antara Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Pertahanan Negara Filipina, Voltaire T. Gazmin di Manila semalam.

Kerjasama dalam bidang ini menandakan peningkatan kesedaran bidang maritim ke arah menghalang ancaman bukan tradisional serta isu-isu lain berkaitan keselamatan maritim, kata Hishammuddin.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan mengenai hasil lawatan beliau ke Filipina, destinasi akhir lawatannya ke negara-negara ASEAN.

Hishamuddin berkata beliau dan Gazmin juga bersetuju mengenai cadangan penubuhan Pasukan Pengaman ASEAN di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Di samping itu, katanya, Gazmin menyatakan sokongan Filipina untuk inisiatif Malaysia untuk Kumpulan Kesiapsiagaan Tentera ASEAN, yang digerakkan bagi usaha-usaha berkaitan bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana.

“Kumpulan ini penting untuk menyediakan pasukan tentera ASEAN bagi penghantaran segera ke kawasan krisis secara penyelarasan,” kata Hishammuddin yang juga mengunjungi Presiden Benigno Aquino III.

Beliau menyatakan bahawa kumpulan itu boleh berkhidmat di bawah panji-panji ASEAN sebagai mekanisme pencegahan dalam mengurangkan risiko bencana.

Hishammuddin berkata beliau dan rakan sejawatannya dari Filipina itu membincangkan hasrat mereka untuk meningkatkan kerjasama industri pertahanan dengan menggalakkan kerjasama industri dan memudahkan pembangunan teknologi, perdagangan dan hubungan ekonomi antara syarikat-syarikat berkaitan pertahanan dari kedua-dua negara.

“Kami bertukar-tukar pandangan mengenai cabaran keselamatan serantau dan global dan komited untuk memperkukuh kerjasama pertahanan antara Filipina dan Malaysia,” kata beliau.

Hishammuddin berkata mereka turut menekankan tentang pentingnya usaha ke arah memupuk keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini.

Kedua-dua pihak juga melahirkan kebimbangan serius mengenai keganasan yang dilakukan oleh apa yang dipanggil kumpulan militan Negara Islam (IS) dan pertubuhan ekstremis lain di Iraq dan Syria.

Mengenai pertemuan beliau dengan Presiden Aquino, Hishammuddin berkata mereka bersetuju tentang perlunya untuk meningkatkan hubungan dua hala, baik di peringkat kerajaan mahupun hubungan rakyat dengan rakyat.

Beliau berkata, Aquino telah menarik perhatian tentang peranan Malaysia sebagai fasilitator pihak ketiga, dengan mengepalai Pasukan Pemantauan Antarabangsa (IMT) di Mindanao sejak 2001.

“Presiden menyatakan hasrat untuk menyaksikan perkembangan positif hasil daripada proses damai yang dijalankan (di selatan Filipina),” kata beliau.

Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menandatangani perjanjian damai diusahakan Malaysia yang dijangka menamatkan konflik bersenjata yang berlarutan selama beberapa dekad di Mindanao, pada Mac 2014.

Hishammuddin juga melawat ibu pejabat IMT di Bandaraya Cotabato dan mengulangi sokongan Malaysia yang berterusan untuk proses damai antara kerajaan Filipina dan MILF.

“Ketibaan pasukan baharu IMT, ke-10 dalam siri bersama mandat baharu dari Mac 2015 hingga Mac 2016 adalah bukti bahawa Malaysia tetap komited untuk mencari penyelesaian yang berkekalan di Mindanao,” katanya.

IMT pada masa ini terdiri daripada 16 anggota dari Malaysia, Brunei Darussalam (9), Indonesia (9), Jepun (2) dan Norway (2).

Pasukan itu bertanggungjawab bagi isu-isu berkaitan keselamatan, sosio ekonomi, melindungi orang awam dan pembangunan pemulihan kemanusiaan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub MARAN, 20 Jun – Perjalanan dua beradik berakhir dengan tragedi apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terlibat...

TUDM Terima Senjata FN MAG 58M 7.62mm Untuk Helikopter EC 725 AP/H225M

TUDM Terima Senjata FN MAG 58M 7.62mm Untuk Helikopter EC 725 AP/H225M

20/06/2026
0

KUANTAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima penyerahan rasmi sistem persenjataan FN MAG 58M 7.62mm bagi helikopter EC 725...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd