• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kem. Pendidikan Tawar ‘Bursary’ Kepada Pelajar Cemerlang SPM 2014

oleh Ahmad Albab
04/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang 9A+ ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 akan ditawarkan Bursary (bantuan kewangan pengajian) secara automatik untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan atau pra-universiti dalam negara.

Kementerian Pendidikan menyatakan penajaan itu merangkumi pembiayaan yuran pengajian, elaun sara hidup serta elaun penginapan sebelum melanjutkan pengajian peringkat ijazah di dalam atau luar negara.

“Penajaan Bursary kepada pelajar cemerlang yang berjaya memperoleh keputusan 9A+ ke atas tanpa mengira etnik, kaum dan latar belakang keluarga,” kata kementerian dalam kenyataan hari ini.

Program persediaan yang diberikan di bawah penajaan Bursary ialah Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi, A-Level dan International Baccalaureate.

Pelajar boleh membuat semakan tawaran melalui Sistem Aplikasi Online Bursary di laman web Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.my yang akan dibuka mulai hari ini hingga 30 Jun depan.

Pelajar-pelajar yang ditawarkan penajaan itu perlu membaca dan memahami kesemua panduan serta syarat penajaan yang ditetapkan selain mengemas kini maklumat diri melalui Sistem Aplikasi Online Bursary.

Pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Tajaan Pendidikan di talian 03-8321 7086 atau e-mail [email protected]. – BERNAMA

Tags: SPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bukan semua kaum Cina sokong pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Ada yang menghantar anak ke Sekolah Menengah...

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kerana 80...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd