• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun Ulangi Minat Projek Kereta Api KL-Singapura

oleh Ahmad Albab
15/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SENDAI (Jepun) – Jepun mengulangi minat untuk terlibat sama dalam projek kereta api berkelajuan tinggi antara Kuala Lumpur-Singapura, yang merupakan projek pertama di Asia Tenggara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hasrat Jepun itu dinyatakan Perdana Menteri Shinzo Abe kepada Muhyiddin sewaktu pertemuan kedua-kedua pemimpin itu pada Persidangan Dunia Mengenai Pengurangan Risiko Bencana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kali ketiga di sini pada Ahad.

Beliau tiba di sini Jumaat lepas untuk lawatan kerja empat hari dan menghadiri persidangan itu sejak Sabtu.

Persidangan Dunia Mengenai Pengurangan Risiko Bencana di Sendai, kira-kira 380 km dari Tokyo, bermula Sabtu hingga Rabu ini.

Ia berlangsung di tengah-tengah wilayah Tohoku, yang digegar gempa bumi pada 2011 dan bencana tsunami yang membawa kepada krisis Fukushima.

Muhyiddin memberitahu wartawan Malaysia di sini, projek kereta api laju itu telah diputuskan oleh kerajaan Malaysia dan Singapura untuk dilaksanakan pihak swasta dan akan dibuat secara tawaran terbuka.

“Secara amnya kita tertarik dengan sistem Shinkansen (kereta api laju Jepun). Sistemnya cekap, teknologi canggih dan dalam soal keselamatan, belum lagi ada kes kematian dan kemalangan.

“Semua ini akan diambil kira dalam penilaian kita dalam memilih pihak yang akan terlibat apabila tawaran dibuka nanti,” katanya.

Pada 2013, Singapura dan Malaysia bersetuju untuk membina landasan kereta api laju menjelang 2020 yang akan mengurangkan masa perjalanan antara Singapura dan Kuala Lumpur kepada 90 minit.

Pada November tahun lepas, Abe menyatakan hasrat Jepun untuk menyertai proses pembidaan antarabangsa projek kereta api laju itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertemuan dua hala antara kedua-dua pemimpin itu di luar Sidang Kemuncak Asean ke-25 di Myanmar.

Muhyiddin berkata, dengan teknologi tinggi dan sistem kereta api laju yang baik di negara itu, pihak Jepun dilihat bersungguh-sungguh untuk terlibat dalam projek itu.

“Mereka seperti ‘hard selling’ atau jualan secara agak agresif. Mereka amat berminat kerana tahu Malaysia dan Singapura telah capai kata sepakat untuk laksanakan projek itu. Mungkin mereka lihat ini peluang bantu syarikat mereka datang ke Malaysia,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ketika ini tender masih belum dibuka tetapi yakin ia akan menarik minat banyak pihak. “Saya dengar China pun minat,” katanya.

Pada 2013, Singapura dan Malaysia bersetuju untuk membina landasan kereta api laju menjelang 2020 yang akan mengurangkan masa perjalanan antara Singapura dan Kuala Lumpur kepada 90 minit.

Pada November tahun lepas, Abe menyatakan hasrat Jepun untuk menyertai proses pembidaan antarabangsa projek kereta api laju itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertemuan dua hala antara kedua-dua pemimpin itu di luar Sidang Kemuncak Asean ke-25 di Myanmar.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, dalam pertemuan dengan Abe, perdana menteri Jepun itu turut menyatakan minat Jepun menyertai projek stesen janakuasa arang batu berkuasa tinggi di Malaysia.

“Saya telah maklumkan Malaysia perlukan bekalan tenaga elektrik yang lebih dalam jangka masa panjang. Jepun boleh kemukakan cadangan kepada pihak seperti Suruhjaya Tenaga,” katanya.

Muhyiddin tiba di sini Jumaat lepas untuk lawatan kerja empat hari dan menghadiri persidangan itu sejak Sabtu.

Persidangan Dunia Mengenai Pengurangan Risiko Bencana di Sendai, kira-kira 380 km dari Tokyo, bermula Sabtu hingga Rabu ini.

Ia berlangsung di tengah-tengah wilayah Tohoku, yang digegar gempa bumi pada 2011 dan bencana tsunami yang membawa kepada krisis Fukushima.

Semasa di Sendai, Muhyiddin turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun Akihiro Ota hari ini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In