• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Halang Video IS Ditonton Umum

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jakarta – Agensi perisikan Indonesia kelmarin berkata, mereka akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Penerangan bagi menyekat satu rakaman video berkaitan Negara Islam (IS).

Ketua Badan Intelijen Negara, Marciano Norman berkata, langkah itu dibuat serta-merta bagi menghalang klip berkenaan ditonton orang awam.

“Melalui klip video berkenaan, beberapa orang cuba menunjukkan bagaimana mereka bertindak menentang musuh.

“Ia adalah satu daripada propaganda mereka,” katanya.

Melalui klip video itu, beberapa kanak-kanak tempatan dilihat berlatih menggunakan senjata api dan membaca ayat al-Quran di depan bendera Negara Islam.

Klip berbahasa Melayu sepanjang lebih dua minit itu diterbitkan oleh Alazzam Media yang didakwa unit media kumpulan militan berkenaan.

Kanak-kanak lelaki terbabit pula dipercayai berusia di bawah 15 tahun.

Meraka diajar membaca al-Quran, selain didedahkan cara menggunakan raifal automatik serta seni bela diri tanpa senjata.

Pada satu babak, seorang lelaki kedengaran bertanya: “Adakah kamu boleh menembak?” dan “Apakah kamu boleh merungkai senjata?”

Seorang budak lelaki kemudian menjawab: “Ya.”

Video itu bertajuk “Cahaya Tarbiyah di Bumi Khilafah” juga memaparkan dua lelaki dewasa membaca petikan ayat al-Quran.

Tidak dapat dipastikan di mana penggambaran video itu dijalankan. – myMetro Online

 

Tags: IndonesiaIS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd