• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ICYL Fokus Lahir Usahawan Sosial Di Kalangan Belia – Khairy

oleh Ahmad Albab
14/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Persidangan Antarabangsa Pemimpin Muda (ICYL) 2015 di ibu negara dari 19 hingga 21 Mac ini akan menjadi platform melahirkan lebih ramai usahawan sosial dalam kalangan belia untuk membawa perubahan positif kepada komuniti dan negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, keusahawanan sosial yang mencantumkan elemen perniagaan dan usaha memperbaiki masyarakat serta kesukarelawanan semakin mendapat perhatian di seluruh dunia dan sangat berpotensi menjadi hala tuju kerjaya dalam kalangan belia Malaysia.

Beliau memberi contoh projek di peringkat antarabangsa yang berjaya seperti Toms Shoes, iaitu membeli sepasang kasut dan sepasang lagi didermakan kepada golongan memerlukan, kesannya boleh menambah pendapatan dan pada masa sama mengubah komuniti.

“Saya mahu anak-anak muda fikirkan soal perubahan sosial itu bukan hanya kerja amal yang dijalankan badan bukan kerajaan semata-mata tetapi boleh dilakukan oleh mereka menerusi keusahawanan sosial,” katanya.

ICYL yang dianjurkan Institut Penyelidikan Belia Malaysia (IYRES) akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur melibatkan kira-kira 300 peserta terdiri daripada 195 belia tempatan dan dari negara Asean.

Khairy berharap sekurang-sekurangnya 200 usahawan sosial dapat dilahirkan dalam kalangan 300 peserta yang terlibat pada persidangan bertemakan ‘Keusahawanan Sosial Menjana Perubahan Komuniti’ itu.

“Saya rasa jumlah itu realistik memandangkan mereka telah menunjukkan komitmen kerana ICYL adalah persidangan berbayar,” jelasnya.

Beliau berkata, terdapat beberapa projek keusahawanan sosial yang telah menunjukkan kejayaan di negara ini seperti MyHarapan dan Teach For Malaysia yang membantu pembangunan masyarakat terpinggir.

Selain itu, kajian yang dilaksanakan oleh IYRES dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan pula mendapati sekurang-kurangnya 700 belia telah menjalankan aktiviti berasaskan keusahawanan sosial di seluruh negara.

Khairy berkata, barisan penceramah berpengalaman dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Belanda, Pakistan, Singapura, Filipina dan Indonesia turut dijemput ke persidangan itu bagi menerangkan tentang amalan terbaik dalam bidang itu.

Selain itu, enam bengkel selari akan turut dijalankan untuk aktiviti perbincangan dan praktikal yang akan dikendalikan agensi profesional iaitu Scope Group Malaysia, Genovasi Malaysia, Social Enterprise Alliance (SEA), MyHarapan, Myskills Foundation dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Penghargaan istimewa akan turut diberi kepada belia menerusi Anugerah Tunas Harapan.

Anugerah itu terbahagi kepada tujuh kategori iaitu pendidikan dan pekerjaan; tindakan sivik dan hak asasi manusia; pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar; seni, budaya dan warisan; bersederhana itu lebih baik; pembasmian kemiskinan; dan syarikat-mesra belia terbaik.

Pameran mengenai keusahawanan sosial juga akan diadakan melibatkan sekurang-kurangnya 60 organisasi bagi memaparkan projek kreatif dan inovatif mereka dalam bukti visual.

Khairy berkata, beberapa sesi lawatan sekitar ibu negara akan turut dijalankan bagi menunjukkan contoh keusahawanan sosial di negara ini kepada para peserta. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddinusahawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd