• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hutang Negara Masih Di Zon Selamat – Abdul Wahid

oleh Ahmad Albab
27/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kedudukan hutang negara masih berada pada zon selamat dengan kadar defisit kurang daripada empat peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Katanya Malaysia berjaya mengurangkan kadar defisit secara berperingkat, dengan kadar 3.5 peratus tahun lepas berbanding 6.9 peratus pada 2009.

“Ini bermakna Malaysia telah memasuki zon selamat dan dari segi pengurusan kewangan, kita semakin bertambah baik,” katanya ketika menggulung perbahasan menjujung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi JPM pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjelaskan kedudukan kewangan sesuatu negara dikategorikan dalam zon selamat jika mereka mempunyai hutang sebanyak 70 peratus, termasuk mengambil kira liabiliti kontingen, dan kadar defisit kurang daripada empat peratus.

Kedudukan kewangan sebuah negara akan dianggap kritikal jika keseluruhan hutangnya melebihi 100 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kadar defisit melebihi empat peratus, katanya.

Menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Wahid berkata kerajaan akan memastikan hutang negara kekal di bawah 55 peratus daripada KDNK.

Beliau berkata Malaysia yakin mampu mencapai sasaran status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 di sebalik keadaan ekonomi yang mencabar.

“Matlamat ini boleh dicapai melalui pelaksanaan pelbagai projek dan program di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (2011-2015) dan teras strategi termasuk pemacu perubahan yang sedang dirangka di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020).

“Antara lain, fokus akan diberi kepada inovasi dan produktiviti untuk meningkatkan daya saing negara dan menentukan pertumbuhan yang mampan,” katanya.

Katanya selain mengukur status negara maju dari segi pencapaian ekonomi, pembangunan modal insan negara juga dititikberatkan.

Ini termasuk membentuk masyarakat yang mempunyai didikan agama dan rohani yang tinggi, bersatu padu, bermoral dan beretika, liberal, bertolak ansur, saintifik, progresif serta penyayang, katanya. – BERNAMA

Tags: HutangKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd