• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Toyota, Lexus Turun RM4,000 Sebab GST

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kereta jenama Toyota dan Lexus akan mengalami penurunan harga sehingga RM4,000 atau sebanyak dua peratus berikutan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April ini.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki berkata, penurunan harga itu secara tidak langsung mengukuhkan sokongan UMW Toyota Motor terhadap pelaksanaan GST oleh kerajaan.

“Syarikat akan telus dalam transaksi perniagaannya dan akan mematuhi sepenuhnya Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2014,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismet dalam pada itu menafikan spekulasi pelaksanaan GST akan menjejaskan harga jualan kereta kerana harga menurun disebabkan cukai jualan 10 peratus digantikan dengan GST enam peratus.

Menurutnya, kenderaan UMW Toyota Motor akan menyalurkan 100 peratus kos penjimatan kepada pelanggan semasa pembelian model Toyota dan Lexus semasa pelaksanaan struktur cukai baharu itu.

“Terdapat implikasi berbeza kepada perniagaan dalam pelbagai bidang daripada pengiraan cukai, pemungutan, pemulangan, penyatuan kepada penyediaan kos, berbanding kepada sistem sedia cukai jualan dan perkhidmatan,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pembeli menikmati pengurangan harga baharu kesemua kenderaan Toyota dan Lexus dan mengambil peluang daripada promosi dan tawaran hebat yang akan diberikan sepanjang tahun.

- MYNEWSHUB.CC

Tags: GSTkereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

18/08/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan mengekalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebagai asas sistem...

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd