• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gesaan Agar Tembok Dibina Segera Di Sempadan Malaysia-Thai

oleh Ahmad Albab
13/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT KAYU HITAM – Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam, Datuk Zaini Japar mahu kerajaan membina segera tembok di sepanjang kawasan sempadan Malaysia-Thailand di samping menggunakan alat pemantauan canggih.

Beliau berkata antara peralatan yang diperlukan ialah mesin pengimbas yang kini pusat pemeriksaan Bukit Kayu Hitam tidak memilikinya.

“Ketika ini pemeriksaan dilakukan secara rambang,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga mendakwa kawalan keselamatan di sepanjang kawasan sempadan di Bukit Kayu Hitam adalah longgar sehingga membolehkan pelbagai kegiatan dari penyeludupan pendatang hingga senjata api berlaku.

“Terdapat kebocoran dalam kawalan keselamatan di sempadan dengan kewujudan lebih 10 lorong tikus yang digunakan penyeludup,” tambahnya.

Zaini juga meminta pos kawalan dilengkapi kemudahan tempat tinggal yang sempurna bagi anggota keselamatan termasuk bekalan elektrik dan air yang sempurna.

Beliau berkata kelewatan pembinaan Kompleks, Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Kayu Hitam yang baharu turut menyumbang kepada kelonggaran kawalan keselamatan.

“Walaupun kerajaan telah menganugerahkan projek bernilai kira-kira RM300 juta tiga tahun lepas, tetapi kemajuan pembinaan kompleks KIK hanya 20 peratus siap,” katanya dan menambah projek yang sepatutnya siap dalam tempoh 36 bulan selepas penganugerahan projek perlu dipercepatkan.

Sementara itu Pengurus Besar Felda Wilayah Alor Setar, Abdul Rahman Ahmad menafikan laporan akhbar bahawa Felda Bukit Tangga yang bersempadan dengan kawasan Thailand dijadikan pangkalan kemasukan warga asing.

Felda Bukit Tangga sentiasa memantau dengan pasukan keselamatan dalam menangani kemasukan pendatang asing, katanya. – BERNAMA

Tags: MalaysiaThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd