• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felda United Kukuhkan Cengkaman Di Persada Liga Super

oleh Ahmad Albab
15/03/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

FELDA United FC mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super apabila mengejutkan pasukan Kelantan dengan kemenangan 1-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, semalam.

Gol kemenangan Felda United dijaringkan oleh penyerang import dari Liberia, Edward Wilson pada minit ke-60 untuk mengecewakan skuad ‘The Red Warriors’ yang kini turun ke tangga ketujuh liga.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula bangkit dari ketinggalan 0-1 kepada Perak untuk menang 3-1 di Stadium Perak, Ipoh, sekali gus meraih tempat kedua liga di bawah Felda United.

Pasukan tuan rumah mendapat jaringan pada awal babak kedua perlawanan menerusi Nurridzuan Abu Hassan pada minit ke-46, namun penyerang import Mali menjadi wira skuad ‘The Cops’ apabila menjaringkan gol pada minit ke-47 dan ke-60, selain gol daripada Ahmad Ezrie pada minit ke-55 untuk mengesahkan tiga mata penuh kepada pasukan pelawat.

Perlawanan kali ini dicemari dengan insiden kad merah, apabila pengadil perlawanan Samsuddin Ibrahim mengarahkan pemain Perak, Syazwan Roslan keluar padang kerana mengasari pemain PDRM, Ashfaq Ali pada minit ke-57.

Di Stadium Shah Alam pula, pasukan Selangor menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan mencatatkan kemenangan 2-0 keatas pasukan Sarawak menerusi jaringan Afiq Azmi pada minit ke-10 dan Fitri Syazwan pada minit ke-77.

Pasukan tercorot liga, Sime Darby FC pula mengecewakan juara musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila keputusan terikat 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Sime Darby membuka jaringan melalui Nazrul Kamarulzaman pada minit ke-35, namun Junior Eldstal menyelamatkan skuad ‘Harimau Selatan’ daripada kekalahan menerusi jaringan pada minit ke-61.

Pasukan Lions XII juga gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri apabila terikat 1-1 dengan pasukan Terengganu di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Pasukan pelawat bermula garang apabila menjaringkan gol seawal minit kesembilan melalui pemain import, Vincent Bikana, namun pasukan tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi Faris Ramli pada minit ke-55.

Sementara itu, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencatatkan kemenangan pertama musim ini dengan menang tipis 1-0 keatas pasukan Pahang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan.

Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan oleh penyerang import dari Nigeria, Abdulafees Abdulsalam pada minit ke-71. – BERNAMA

Tags: Liga Super
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

10/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah baharu Liga Super apabila merekodkan kemenangan paling besar dalam sejarah saingan...

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

03/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan dominasi mereka apabila mencipta rekod baharu Liga Super bagi jumlah jaringan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd