Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Najib Hadir Majlis Berbuka...

ALOR SETAR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri...

Pemantau Rasuah Mahu ‘Pendedahan’...

Pemantau Rasuah Mahu 'Pendedahan' Edisi Siasat Disiasat. Yang nak siasat siapa di balik Edisi Siasat tu buat apa. Siasat la apa yang didedahkan. Apakah polis gentar?

Amaran Angin Kencang Dan...

KUALA LUMPUR - Angin kencang barat daya dan laut bergelora di perairan Phuket...

Nahas Hawk 108: Cabaran...

KUALA LUMPUR - Kawasan hutan dan berpaya antara cabaran sukar ditempuh pasukan mencari...

FAMA Akan Wujud 4 Pasar Tani Kekal Di Sabah

KOTA KINABALU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah merancang mewujudkan empat Pasar Tani Kekal di seluruh negeri itu bagi menggalakan usahawan memasarkan terus hasil keluaran mereka kepada pengguna.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin berkata berkata pasar tani kekal berkenaan dicadang di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Keningau.

“Tahun ini, FAMA ingin melaksanakan projek Pasar Tani Kekal di empat tempat iaitu Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Keningau. Tetapi yang sudah ada peruntukan ialah di Kota Kinabalu.

“Ia (Pasar Tani Kekal di Kota Kinabalu) dicadang diwujudkan di kawasan Asia City dengan kos dianggarkan RM2 juta. Pelan reka bentuknya sudah dibuat dan dipersetujui oleh premis (pihak pengurusan premis) Asia City dan diluluskan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu,” katanya.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata demikian kepada pemberita semasa melakukan ‘walkabout’ berkaitan Program Jualan Turun Harga di Pasar Tani Asia City di sini hari ini.

Turut hadir dalam program anjuran Fama dan disertai pelbagai agensi kementerian pertanian berkenaan ialah Pengarah FAMA Ribin Wahid.


Menurut Yahya projek Pasar Tani Kekal seminggu sekali itu akan memudahkan pengguna mendapatkan bekalan keperluan dapur harian seperti sayur-sayuran dan ikan segar dengan harga lebih murah.

Katanya, kini terdapat 39 pasar tani di seluruh Sabah melibatkan 850 peserta dengan nilai jualan sebanyak RM11 juta direkodkan sepanjang tahun lepas.

Mengenai program tinjauan beliau itu, Yahya berkata pasar tani menawarkan 73 komoditi hasil pertanian segar dan harga lebih murah antara lima hingga 20 peratus berbanding di pasar biasa.

Sebagai contoh, cili merah dijual pada harga RM7 sekilogram di pasar tani berbanding RM12 di pasar biasa manakala kubis bersaiz biasa dijual pada harga RM2 sebiji berbanding RM3 di pasar biasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori