Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Warga Emas ‘Mandi Darah’...

GILA dan tidak berperikemanusian!Seorang penyamun samseng sanggup menetak kepala seorang lelaki yang merupakan...

Polis Hentikan Siastan Dakwaan...

SHAH ALAM - Polis telah menghentikan siasatan berhubung laporan polis dibuat Naib Ketua...

Status Bebas Cukai Pulau...

IPOH - Pulau Pangkor, destinasi pelancongan terkemuka di Perak dan di Malaysia mencipta...

LZNK Cari Kaedah Baharu...

ALOR SETAR - Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mencari kaedah terbaharu untuk mempercepatkan...

Dah Jarang Muncul Di TV, Rupanya Mak Jah Hidap Barah Rahim

MUNGKIN dia tidak sepopular artis zaman kini, namun Maimunah Ahmad atau lebih dikenali dengan nama wataknya dalam filem Sembilu, Mak Jah tetap diingati peminat.

Berlakon dalam puluhan drama tempatan dan beberapa filem, kelibat Mak Jah cukup meninggalkan kesan tanpa mengira peranan yang dipegangnya.

Namun, satu berita mengejutkan dilapor akhbar tempatan hari ini, bahawa wanita berusia 68 tahun itu dikhabarkan menghidapi penyakit barah rahim.

Memetik kenyataan Mak Jah dalam Sinar Harian, “Mula-mula saya demam dan sakit-sakit sendi. Sebelum ini, saya ada kencing manis dan darah tinggi. Apabila menjalankan pemeriksaan, doktor mengesahkan saya mengidap barah rahim tahap pertama.

image

“Ketika dapat tahu mengenai penyakit itu, saya mula tidak tentu arah, terkejut dan buntu. Namun, doktor memainkan peranan dengan memberi khidmat nasihat agar saya tidak tertekan.

“Mula dari saat itu, saya bergantung dengan ubat-ubatan sehingga kini. Alhamdulillah, dua tapak barah yang dikesan doktor sudah hilang dan tinggal satu lagi yang masih ada.”

Dikhabarkan doktor tentang penyakitnya pada Jun tahun lalu, ia menjadi faktor utama Mak Jah memperlahankan aktiviti seninya bagi memberi tumpuan kepada kesihatan.


“Saya terpaksa tolak tawaran kerana memikirkan soal kesihatan. Tambahan pula, saya perlu ulang alik ke hospital dua kali seminggu untuk rawatan susulan.

“Jadi, saya perlu memilih antara duit ataupun sihat dan saya pilih untuk sihat. Namun, saya perlukan duit untuk beli ubat. Selain doktor, saya turut mendapatkan nasihat daripada ustaz di masjid. Mereka memberikan kata-kata semangat untuk saya bangkit.

“Dulu, saya sering berperang dengan perasaan, masa saya tidak lama lagi. Apa yang perlu saya buat? Akhirnya saya dapat kekuatan itu,” katanya yang kini, sudah pun ada kekuatan untuk bangkit dan kembali berlakon bagi menyara kehidupan.

Bagi yang merindui kelibat Mak Jah, jangan lupa saksikan lakonannya selaku antara tonggak utama filem Selfie Suara Kubur yang bakal menemui penonton 23 April depan.

– MYNEWSHUB.CC

Mak Jah Sebagai Pelakon Dalam Filem Mami Jarum Junior

https://www.youtube.com/watch?v=TD73maUHeCo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori