• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bila #MrNotPerfect Nak Cari GF ‘Part Time’ Tapi Terlalu Cerewet

oleh Ahmad Albab
12/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ENTAH apa yang berlegar di kepala individu ini sehingga dia tergamak memuat naik satu entri, bahawa dirinya sedang mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih olok-olok bagi mengaburi mata ahli keluarganya yang lain.

Amboi, dah macam jalan cerita drama Melayu pula kan? Ini mesti jenis suka melekat depan TV waktu maghrib sebab nak tonton drama.

BACA JUGA: Kisah Suami Tengking Kata Isteri Gemuk Di Pasaraya Jadi Viral

Mungkin kerana terdesak atas paksaan keluarga untuk mencari pasangan, individu tersebut membuat tindakan yang jelas aib. Namun yang kelakarnya, dia turut menyenaraikan kriteria bagi gadis pilihannya itu! Amboi, cerewet pulak…

Melalui status Facebook, si #MrNotPerfect itu menulis:

“Saya ingin mencari sister untuk jadi girlfriend berbayar saya selama tiga hari. Berikut kriteria yang dikehendaki.

“Bertudung, 160-170cm, tidak berkaca mata (contact lens diterima), putih, ada lesen kenderaan, pandai ambil hati orang tua dan paling penting tidak cepat cuak or kelam kabut.”

Amboi, banyak cekadak pulak si polan ni nak mencari partner kan? Mungkin sebab itu juga dia tak ada kekasih sebenar.

uia (2)

Lagi geli hati, individu tersebut turut menyatakan tentatif tiga hari yang perlu dijalani ‘pasangannya’ itu andai berjaya terpilih menjadi kekasih sementaranya. Nak tahu apa? Baca ni..

“Hari pertama, anda akan menghadiri sebuah dinner di Putrajaya, jangan risau ini bukan parti liar cuma dinner my family’s company.

“Boleh pakai attire apa pun jubah ke blouse ke tudung labuh ke niqa ke tak kisah janji temanya warna merah dan orange sunkist. Masa dinner tu saya akan kenalkan sebagai girlfriend saya pada family saya.

“Hari kedua, saya akan bawa anda lunch bersama dengan family saya di rumah saya di Hartamas. Ini part paling penting, kita akan reka love story kita and how we met tu kemudian, dan paling penting when my family ask bila nak kahwin, part ni anda kena confident jawab.

“Hari ketiga, family saya dan saya akan hantar awak pergi klia coz anda akan pulang ke UK selama 2,3 tahun untuk some matter (we discuss later).”

Berdasarkan cerita yang ditulis, ramai mengandaikan dia adalah anak orang berada.

Namun agakan itu bukanlah boleh percaya sangat, ntah-ntah kaki propa je…iyelah kalau dah kaya, takkanlah malang sangat sampai tak ada yang sudi nak jadi girlfriend, kan?

Justeru buat wanita di luar sana, jangan pula ada yang gigih mencari akaun lelaki tersebut untuk menawarkan diri menjadi kekasihnya ya.

Sekali baca, mungkin ramai akan ketawa. Tapi bila difikirkan kembali, banyak kemungkinan boleh terjadi andai ada gadis yang terlalu naif dan mudah digula-gulakan.

Manusia, rambut sahaja sama hitam tapi hati lain-lain.

– MYNEWSHUB.CC

Video- The Making Of Suamiku, Encik Perfect 10

Tags: kekasihstatus facebookWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seleweng Peruntukan Zakat RM120,000, Seorang Lagi Kakitangan Wanita MAIWP Ditahan SPRM

Seleweng Peruntukan Zakat RM120,000, Seorang Lagi Kakitangan Wanita MAIWP Ditahan SPRM

22/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lagi kakitangan wanita Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur...

Polis Kesan Bekas Suami Wanita Maut Ditikam Untuk Bantu Siasatan

Polis Kesan Bekas Suami Wanita Maut Ditikam Untuk Bantu Siasatan

12/09/2025
0

YAN: Polis sedang mengesan bekas suami kepada wanita yang maut bersama seorang lelaki dengan beberapa kesan tikaman di Taman Nona,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd