• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Presiden Maldives Dipenjara 13 Tahun

oleh Ahmad Albab
14/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALE, Maldives – Bekas Presiden Maldives dan ketua pembangkang, Mohamed Nasheed dijatuhi hukuman penjara 13 tahun selepas disabit kesalahan atas tuduhan keganasan dan keputusan itu dijangka mencetuskan huru hara di pulau berkenaan.

Tiga hakim mahkamah jenayah memutuskan Nasheed bersalah kerana mengarahkan penahanan ketua hakim ketika dia menjadi presiden pada Januari 2012.

“Nasheed didapati bersalah kerana menahan dan mengurung hakim Abdulla Mohamed,” kata hakim Abdulla Didi.

Nasheed kemudiannya dibawa ke penjara Dhoonidhoo dekat ibu negara Maldives, Male.

Bagaimanapun, Nasheed masih berdegil dan menerusi pejabatnya menggesa penyokong supaya membuat demonstrasi jalanan dan tunjuk perasaan sejak dia dipenjara pada 22 Februari lalu.

“Saya merayu kepada anda semua hari ini supaya tetap bersemangat dan cekal untuk berdepan dengan rejim diktator ini,” katanya. – AFP

Tags: MaldivesPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd