• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Mati Kelaparan Lepas Ibu Maut Akibat Dadah Dalam Rumah

oleh Ahmad Albab
11/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PITTSBURGH – Seorang bayi berusia sembilan bulan ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati akibat kelaparan di dalam sebuah pangsapuri selepas ibunya mati akibat pengambilan dadah, kira-kira dua minggu sebelum itu.

Mayat bayi berkenaan, Casey Kessler ditemui di ruang depan rumah manakala mayat ibunya, Sara Kessler, 22, ditemui di atas katil.

Lebih mengharukan, jiran-jiran di pangsapuri berkenaan mendengar bayi tersebut menangis selama beberapa hari namun tiada yang membantu.

Kematian dua beranak itu hanya diketahui selepas abang Sara mengunjungi pangsapuri tersebut, setelah lama tidak mendengar khabar berita daripada adiknya itu.

Menurut doktor, bayi itu hanya mampu bertahan selama seminggu tanpa air.

Dalam pada itu, jiran mereka, Gonzalez, yang menetap di tingkat satu pangsapuri tersebut berkata, dia amat terkilan kerana tidak menyangka bayi itu meninggal dunia keseorangan dalam keadaan kelaparan.

“Saya amat sedih apabila memikirkan bayi itu merayau ke seluruh rumah untuk mencari makanan dan berada dalam keseorangan bersama dengan mayat ibunya.

“Bayi itu cuba untuk hidup namun tiada makanan atau minuman di dalam rumah terbabit,’’ katanya.

Menurut jiran yang lain pula, Sara merupakan seorang penagih dadah dan dia menjadi tertekan selepas kematian ibunya.

Sara dan bayinya itu menetap di tingkat dua pangsapuri berkenaan dan ketika itu hanya mereka yang berada di tingkat tersebut.

Polis turut menemui dadah dan jarum suntikan di dalam rumah berkenaan.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: bayimaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd