• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atlet Wajib Jalani Ujian Doping Sebelum Ke Sukan SEA

oleh Ahmad Albab
24/03/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

ATLET yang akan menyertai temasya Sukan SEA di Singapura pada Jun wajib menjalani ujian doping, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ujian itu sebagai langkah mengatasi penyalahgunaan bahan terlarang oleh atlet ketika mewakili negara pada temasya itu nanti.

“Saya sudah arahkan Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) untuk buat ujian doping kepada setiap atlet ke Sukan SEA,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Logo dan Kira Detik Hari Sukan Negara, di sini hari ini.

Sebelum ini, ujian doping hanya dijalankan terhadap 30 peratus atlet secara rawak sebelum menyertai kontinjen negara ke temasya sukan besar.

Beliau juga berharap Adamas dapat perbaiki pengurusan maklumat agar maklumat daripada Agensi Anti Doping Antarabangsa (WADA) dapat diterima dengan lebih cepat.

Pada temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, pingat emas pertama negara ditarik balik ekoran atlet wushu Tai Cheau Xuen gagal ujian doping.

Pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei pula kini berdepan penggantungan sementara kerana dikesan mengambil bahan terlarang mengandungi “dexamethasone” ketika aksi Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd