• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADMM Kaji SOP Bagi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana

oleh Ahmad Albab
09/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN akan mengkaji kemungkinan membangunkan prosedur operasi standard (SOP) di bawah cadangan inisiatif bantuan kemanusiaan dan bencana (HDR) ASEAN.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata perkara itu akan dibincangkan semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) kesembilan di Langkawi pada 15 dan 16 Mac ini.

Beliau berkata mesyuarat ADMM memberi peluang bagi semua 10 negara anggota ASEAN untuk menjalin kerjasama erat dalam konteks menangani bencana yang berpotensi pada masa depan.

“Saya percaya bahawa keadaan tidak akan menjadi lebih baik, jika melihat kepada pola-pola cuaca global dan bencana yang kita mungkin hadapi,” katanya dalam temu bual media di sini hari ini menjelang Pameran Udara dan Maritim
Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA’15) dari 17 hingga 21 Mac di Langkawi.

Beliau berkata, SOP boleh berfungsi sebagai acuan tentang bagaimana untuk menangani bencana dan ia boleh diturunkan kepada generasi pemimpin ASEAN akan datang.

“Kita tidak harus menunggu sehingga berlaku bencana, baru hendak bertindak. Kita perlu belajar daripada apa yang telah kita lalui pada masa lalu seperti banjir besar serta tragedi pesawat (Malaysia) MH370 dan MH17,” kata Hishammuddin.

Mengambil contoh lain, beliau berkata Indonesia dan Filipina juga mempunyai pengalaman untuk dikongsi, setelah Indonesia mengharungi tsunami Aceh sementara Filipina pula dilanda taufan.

Negara lain, katanya, mempunyai kepakaran dalam usaha memusnahkan periuk api.

Justeru, adalah sangat penting bagi ASEAN untuk mencari dan memanfaatkan kepakaran dan bidang, kata menteri itu sambil menambah bahawa secara kolektif, mereka boleh memberi sumbangan besar kepada pasukan bantuan kemanusiaan dan bencana.

Beliau berkata dengan membangunkan SOP, ASEAN akan menjadi satu entiti yang lebih proaktif dengan keupayaan untuk menghadapi situasi sukar setelah mengalami situasi yang sama pada masa lalu.

Hishammuddin berkata bahawa insiden penembakan pesawat Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine, kehilangan pesawat MH370 serta nahas AirAsia QZ8501 boleh menimpa mana-mana negara.

Hishammuddin, selaku pemangku menteri pengangkutan semasa peringkat awal insiden kehilangan MH370 pada Mac tahun lepas, berkata negara-negara ASEAN menunjukkan semangat ingin membantu dalam misi pencarian pesawat tersebut.

Beliau berkata ini adalah sesuatu yang boleh dimasukkan di bawah skim HDR.

Beliau berkata, ADMM, yang pertama diadakan sepanjang LIMA, akan membincangkan tiga topik utama, iaitu ancaman yang dicetuskan oleh kumpulan militan Negara Islam (IS), pasukan pengaman ASEAN untuk misi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pelan untuk inisiatif HDR. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Pemimpin PH Dakwa Gelombang Merah Menguasai

PRN Johor: Pemimpin PH Dakwa Gelombang Merah Menguasai

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Seorang pemimpin akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) memaklumkan 'gelombang merah' sedang menguasai Pilihan Raya Negeri (PRN)...

FB Najib Razak Seru Seluruh Rakyat Johor Keluar Mengundi Demi Masa Depan Negeri

FB Najib Razak Seru Seluruh Rakyat Johor Keluar Mengundi Demi Masa Depan Negeri

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Laman Facebook milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh rakyat Johor supaya keluar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd