• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Myanmar Nyaris Maut Ditembak Rakan Senegara

oleh Ahmad Albab
16/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang wanita Myanmar yang menjual kuih di kaki lima sebuah kedai di Pusat Bandar Utara Jalan Ipoh di sini, nyaris maut apabila diserang rakan senegara yang melepaskan dua das tembakan petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 27 tahun didatangi suspek bersenjatakan parang yang bertindak memecahkan barang perniagaannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa yang ketakutan melarikan diri namun suspek terus mengejar dengan menaiki kereta.

“Mangsa terus melarikan diri ke seberang jalan dan bersembunyi di sebalik sebatang tiang sebuah kedai kira-kira 30 meter dari tempatnya menjual kuih.

“Suspek yang mengejar kemudian keluar dari kereta dan melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa tetapi tersasar,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Beliau berkata, sejurus melepaskan tembakan, suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah Proton Perdana. Katanya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Buat masa ini polis menyiasat motif kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh,” katanya.

Difahamkan, suspek dan pengadu mengenali antara satu sama lain dan tinggal berhampiran di rumah kedai berhampiran tempat kejadian. – BH Online

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

22/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan barisan artis antarabangsa yang bakal memeriahkan sambutan kejuaraan ke-12...

PM Anwar Hubungi Sahabat Beliau Vijay, Rancang Kunjungan Ke Tamil Nadu

PM Anwar Hubungi Sahabat Beliau Vijay, Rancang Kunjungan Ke Tamil Nadu

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah berhubung dengan sahabatnya yang juga pelakon popular India,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd