• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Zulkiflee Diumumkan PM Sebagai CEO Baru PETRONAS

oleh AK-47
10/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ketua Pegawai Operasi (COO) Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin diumumkan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu syarikat petroleum negara itu berkuatkuasa 1 April depan.

Pelantikan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Zulkiflee akan menggantikan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas yang tamat kontrak tugasnya hari ini tetapi kontraknya disambung dari 10 Februari 2015 hingga 31 Mac 2015.

BACA JUGA - Petronas Agih Bekalan Mentah Bernilai RM100,000

Dalam kenyataan berkenaan, Najib berkata kerajaan mengucapkan terima kasih kepada Shamsul Azhar atas sumbangan beliau kepada PETRONAS sejak memegang jawatan tersebut pada 2010.

Beliau berkhidmat dengan PETRONAS sejak 1975 dengan memegang beberapa jawatan kanan pentadbiran.

Perdana Menteri berharap Shamsul Azhar dapat menyumbang kepada pembangunan negara, terutama dalam bidang tenaga berdasarkan pengetahuan dan pengalaman luas yang beliau miliki.

Sementara itu, Wan Zulkiflee mempunyai pengalaman luas dalam industri petroleum negara dan juga beliau merupakan Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Hiliran syarikat minyak itu.

Selain itu beliau juga ialah Pengerusi PETRONAS Chemicals Group Bhd dan PETRONAS Dagangan Bhd.

Perdana Menteri berkata Wan Zulkiflee mempunyai kelayakan serta pengalaman untuk membawa kejayaan berterusan kepada PETRONAS.

– MYNEWSHUB.CC

Video Kenyataan Wan Zulkiflee Berkenaan CAPEX Petronas Pada April 2014

Tags: Petrolpetronas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan krisis tenaga yang kian meruncing kini merebak menjadi krisis bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd