• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Bahan Api Menyusut, TNB Digesa Turun Tarif Elektik!

oleh Ahmad Albab
05/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa kumpulan perniagaan menggesa Tenaga Nasional Bhd (TNB) supaya menurunkan tarif elektrik kerana harga gas dan arang batu yang menjadi sumber utama untuk penjanaan kuasa telah turun.

Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia berkata, TNB boleh menjimatkan anggaran sebanyak RM730 juta tahun ini berdasarkan prospek trend penurunan harga gas asli, minyak dan arang batu.

Presidennya, Datuk Lim Kok Cheong berkata syarikat utiliti itu menaikkan tarif dari semasa ke semasa berdasarkan kepada kenaikan harga bahan api.

“Sekarang harga bahan api telah menjunam sejak enam bulan yang lalu, tarif elektrik juga perlu dikaji semula untuk membantu mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan sekaligus akan membantu untuk mengurangkan atau menstabilkan kos sara hidup.

“Tarif elektrik adalah salah satu faktor utama yang penting kepada perniagaan tempatan dan pelabur asing,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Tan Sri K.K. Eswaran berkata bahawa adalah adil jika TNB melakukan semakan tarif sejak harga minyak, gas, diesel dan arang batu menurun dengan ketara.

Tambahnya, industri berasaskan bahan api lain seperti pengangkutan juga perlu menurunkan harga mereka untuk membantu menurunkan kos operasi.

INI JAWAPAN TNB? BACA: Punca Tarif Elektrik Tidak Boleh Diturunkan

Selain itu beliau turut menggesa kerajaan supaya merangka satu dasar atau mekanisme bagi mengkaji cadangan berkenaan.

Merujuk kepada industri penerbangan komersial, beliau memuji syarikat penerbangan yang menghapuskan surcaj bahan api. – mStar Online

Tags: TNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd