• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enggan Pulang RM2.6 Juta, ‘Ex-Staf’ Khalid Akan Didakwa

oleh Ahmad Albab
05/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Prosiding undang-undang ke atas lapan bekas kakitangan kontrak Menteri Besar Diperbadankan (MBI) diteruskan berikutan keengganan mereka memulangkan semula wang pampasan berjumlah RM2.6 juta kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata notis 14 hari yang dikeluarkan MBI sebelum ini supaya wang berkenaan dipulangkan semula masih tidak diendahkan malah mereka menghantar pula notis balas untuk menuntut jumlah pampasan lebih besar daripada sepatutnya.

Mengulas lanjut, Azmin berkata tindakan menghantar notis balas itu tidak memenuhi syarat dalam notis yang dikeluarkan MBI menyebabkan pihaknya terpaksa meneruskan prosiding undang-undang tersebut.

“Kami telah memulakan tindakan undang-undang terhadap mereka dan jika masih tetap tidak pulangkan pampasan itu, kita tiada pilihan lain selain meneruskan tindakan undang-undang itu malah dalam notis balas itu mereka tuntut pampasan lebih besar pula,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat negeri di Dewan Jubli Perak, di sini Selasa malam.

Notis 14 hari yang dikeluarkan MBI pada 5 Jan lepas menuntut lapan bekas kakitangan kontrak itu supaya memberi maklum balas terhadap surat tuntutan pemulangan semula wang pampasan berkenaan.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin baru-baru ini pula dilapor berkata peguam yang dilantik lapan bekas kakitangan kontrak itu telah menghantar notis balas kepada pengurusan MBI pada 19 Januari lepas dengan memberi tempoh 14 hari untuk menjawab notis berkenaan.

Tindakan tersebut adalah susulan daripada keputusan MBI untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas kesemua bekas kakitangan tersebut kerana tidak memulangkan wang pampasan itu yang didakwa melanggar peraturan kewangan kerajaan negeri termasuk syarat-syarat kontrak yang telah dipersetujui.

Lapan bekas kakitangan kontrak MBI yang berkhidmat semasa pentadbiran bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu menerima pampasan antara RM114,870 hingga RM699,000 seorang sebelum ini. – BERNAMA

Tags: Azmin AliKerajaan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd