• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Mati! Pakar Buddha Dakwa Mumia Sedang Bermeditasi

oleh Ahmad Albab
19/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Satu jasad seorang sami yang telah dimumiakan dalam posisi ‘bunga teratai’ (lotus positition), menimbulkan kegemparan apabila pakar Buddha mendakwa, ia masih bernyawa dan belum mati serta sedang berada dalam fasa meditasi.

Berita tersebut mula tersebar dan menjadi perbualan setelah pihak berkuasa mendapat laporan bahawa seorang individu cuba menjual jasad tersebut di pasaran gelap di wilayah Songinokhairkhan, Mongolia.

Lantas, pihak polis menahan lelaki tersebut kerana percaya dia telah mencuri mumia itu di tempat lain. Mereka turut mengambil keputusan untuk menyimpan jasad sami terbabit di sebuah pusat forensik di Ulaaanbaatar.

mummified-monk2-550x351

Saintis kini sedang melakukan bedah siasat terhadap jasad yang dianggarkan berusia 200 tahun itu. Menurut laporan, ketika ditemui, ia dibalut dengan kulit anak lembu.

Siasatan lanjut dibuat untuk mengenal pasti bagaimana mumia itu diawet dengan sempurna walaupun berkemungkinan faktor cuaca sejuk turut memainkan peranan.

mummified-monk3-550x289

Yang ‘menariknya’, menurut seorang doktor kepada Dalai Lama iaitu Dr Barry Kerzin, sami tersebut sebenarnya belum mati, tetapi berada dalam fasa meditasi yang dikenali sebagai ‘tukdam’.

Terangnya, andai seseorang mampu mencapai sehingga ke kondisi tersebut dan mengekalkannya selama tiga minggu, maka tubuhnya akan mula mengecut secara perlahan-lahan.

Sehingga kini, siasatan masih belum dapat mengenalpasti identiti individu tersebut namun ada andaian mengatakan, sami tersebut merupakan guru kepada Lama Dashi-Dorzho Itigilov yang turut dimumiakan.

Dalam jangka masa 50 tahun, terdapat berpuluh-puluh kes sama yang ditemui, terutamanya melibatkan sami di Tibet. – MYNEWSHUB.CC

Laporan Berita Tentang Penemuan Mumia Sami Berusia 200 Tahun

https://www.youtube.com/watch?v=c5qjiHMBvpE

Tags: BuddhaMATImumia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Garis Panduan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Terpakai Di Kawasan Komersial Sedia Ada

Garis Panduan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Terpakai Di Kawasan Komersial Sedia Ada

30/05/2026
0

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memberi jaminan bahawa garis panduan larangan bagi rumah ibadat selain Islam di kawasan komersial di...

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

05/11/2025
0

KULIM: Seorang wanita dan anak perempuan berusia empat tahun ditemukan mati di sebuah rumah di Taman Perak di sini, malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd