• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Garis Panduan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Terpakai Di Kawasan Komersial Sedia Ada

oleh Mynewshub
30/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Garis Panduan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Terpakai Di Kawasan Komersial Sedia Ada
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memberi jaminan bahawa garis panduan larangan bagi rumah ibadat selain Islam di kawasan komersial di negeri ini hanya terpakai kepada pembangunan kawasan komersial baharu.

Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (LIMAS) berkata, garis panduan tersebut tidak terpakai kepada rumah ibadat yang telah wujud di kawasan komersial sedia ada di seluruh Selangor.

“Meskipun begitu, kerajaan negeri memahami bahawa sebilangan persatuan memilih untuk beroperasi di kawasan komersial dan industri sebagai langkah praktikal bagi memenuhi keperluan ibadat komuniti setempat.

“Memandangkan situasi ini, persatuan-persatuan memohon supaya kerajaan negeri dapat memberikan ruang untuk bangunan komersial digunakan sebagai rumah ibadat di kawasan baharu, tertakluk kepada syarat-syarat kebenaran merancang dan dinilai secara positif mengikut kes demi kes oleh pihak berkuasa tempatan (PBT),” kata LIMAS dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi Bersama LIMAS, Ng Sze Han, Datuk Ng Suee Lim dan V. Papparaidu.

Terdahulu, kenyataan itu memaklumkan bahawa kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa LIMAS telah mengadakan mesyuarat melibatkan persatuan agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao di Selangor berhubung garis panduan bagi rumah ibadat di kawasan komersial.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Pengarah PlanMalaysia Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri serta wakil-wakil pihak berkuasa tempatan (PBT)

Menurut kenyataan itu, tujuan garis panduan berkenaan adalah untuk membolehkan perancangan yang lebih tersusun di kawasan pembangunan baharu supaya tanah yang digazetkan untuk rumah ibadat mengikut keperluan penduduk terletak berhampiran kawasan perumahan.

Kerajaan negeri turut memberi jaminan bahawa Perlembagaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 3 dan Perkara 11 akan terus dipelihara, iaitu agama Islam sebagai agama Persekutuan dan setiap individu berhak menganuti serta mengamalkan agama masing-masing.

Jawatankuasa LIMAS akan terus berhubung rapat dengan persatuan agama terbabit bagi mendapatkan maklum balas supaya garis panduan tersebut dapat ditambah baik, kekal bersifat inklusif dan terus membolehkan rakyat Selangor hidup secara harmoni dengan saling memahami antara satu sama lain. — MYNEWSHUB

Tags: BuddhaGaris Panduan Rumah Ibadat Bukan IslamhinduJawatankuasa Khas AgamaKawasan KomersialKristianLimasselangorSikh dan Tao
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

“Jangan Jadikan Masalah Kami di Selangor Masalah Kamu Juga”

“Jangan Jadikan Masalah Kami di Selangor Masalah Kamu Juga”

09/07/2026
0

SHAH ALAM - Rakyat Johor dinasihati supaya menolak hasrat pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menjadikan negeri itu seperti Selangor. Ketua...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd