• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musim Ke? Kereta Terbakar Di Parkir Dekat Senawang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebuah kereta jenis Kia Sorenta terbakar di tempat letak kenderaan berhampiran bangunan Senawang Business Park dekat sini, awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang Mohamad Faiz Sulaiman berkata sebuah jentera bersama-sama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira 4 pagi.

“Api berjaya dikawal dan padam sepenuhnya 37 minit kemudian. Tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan. Bagaimanapun, kereta berkenaan musnah terbakar 80 peratus,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Sementara itu, sebuah lori tiga tan membawa muatan susu dan air terbalik di Km278.7, Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan dekat Nilai pada kira-kira 9.45 pagi ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Sharim Simin berkata lori itu dipercayai hilang kawalan dan terbalik selepas satu daripada tayarnya pecah.

Pemandu lori itu dan seorang lelaki yang dipercayai penumpang lori itu cedera ringan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk rawatan, katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya anggota bomba dan pekerja Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) membuat pemantauan dan menjalankan kerja pembersihan di kawasan kejadian. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Raih Kemenangan Pertama ACL Elite 2026/27, Benam Pohang Steelers 2-0 Di Korea Selatan

JDT Raih Kemenangan Pertama ACL Elite 2026/27, Benam Pohang Steelers 2-0 Di Korea Selatan

13/10/2026
0

KOREA SELATAN - Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACL Elite) 2026/27 selepas...

PMX Anwar Salah Tajwid, Salah Tafsir ‘Lighad’ Dalam Ucapan Belanjawan – Nik Abduh

PMX Anwar Salah Tajwid, Salah Tafsir ‘Lighad’ Dalam Ucapan Belanjawan – Nik Abduh

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd