• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala AFC: JDT Tunjuk Belang Benam East Bengal 4-1

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar kemenangan pertama dalam kempen Piala AFC selepas menewaskan pasukan dari India, East Bengal 4-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini malam tadi.

Meskipun turun tanpa dua penyerang import, Jorge Pereira Diaz dan Luciano Figueroa, barisan pemain JDT masih mampu menampilkan corak permainan kemas untuk mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.

JDT mendahului perlawanan seawal minit ke-sembilan menerusi tendangan percuma Mohd Nazrin Mohd Nawi di luar kotak penalti.

Skuad bimbingan Bojan Hodak turut memiliki banyak peluang untuk menambah jaringan, namun beberapa percubaan S.Chanturu, Safee Sali dan Mohamad Fadhli Shas sering kali tersasar.

Sebaliknya, East Bengal berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-34 menerusi jaringan Soleye Ranti Martins.

Empat minit kemudian, skuad Harimau Selatan dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dari Thailand, Sivakorn Pu-Udom selepas bola terkena tangan pertahanan East Bengal, Milan Susak.

Peluang tersebut tidak dipersiakan apabila kapten pasukan, Safiq Rahim menyempurnakan sepakan penalti bagi menewaskan penjaga gol pasukan pelawat, Mondal Abhijit.

Bersambung babak kedua, JDT semakin garang apabila menambah dua lagi jaringan menerusi Chanturu pada minit ke-47 dan Safee minit ke-53.

Chanturu menyumbat masuk gol selepas menerima hantaran Mohamad Fadhli Shas manakala Safee menjaringkan gol menerusi sepakan gunting, hasil hantaran Mohd Nazrin.

Selepas berdepan East Bengal, JDT yang diletakkan dalam Kumpulan F, akan beraksi dalam dua perlawanan di tempat lawan, menentang pasukan dari Singapura, Belestier Khalsa pada 10 Mac dan pasukan dari Hong kong, Kitchee pada 18 Mac. – BERNAMA

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd