• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara Kerajaan Cedera, Rugi RM60,000 Dirompak

oleh Ahmad Albab
28/02/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Seorang pesara kerajaan wanita bukan sahaja kerugian lebih RM60,000 dirompak tiga lelaki malah turut cedera selepas dipukul perompak berkenaan dalam kejadian di rumahnya di Jalan Tasek Gelugor, dekat sini awal pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata dalam kejadian pada 5 pagi itu, mangsa berusia 66 tahun sedang tidur sebelum terjaga selepas terdengar bunyi bising dalam biliknya di tingkat atas rumah dua tingkat berkenaan.

“Seorang daripada lelaki berkenaan cuba mengikat tangan mangsa dan wanita itu melawan serta berlaku pergelutan sebelum suspek menumbuk muka warga emas tersebut beberapa kali sehingga menyebabkan bibir dan gigi berdarah serta lebam di muka.

“Mangsa kemudian telah diikat di besi katil dalam biliknya dan seorang daripada lelaki berkenaan turut mengugut wanita itu supaya diam jika tidak mahu dicederakan. Mereka telah mengambil barang kemas milik mangsa bernilai RM60,000 sebelum melarikan diri,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata semasa kejadian terdapat seorang pembantu rumah warga Indonesia berada di bilik tingkat bawah rumah berkenaan dan wanita itu hanya menyedari majikannya dirompak selepas dimaklumkan mangsa.

“Wanita berusia 34 tahun itu yang bekerja dengan mangsa sejak dua tahun lepas memaklumkan dia langsung tidak menyedari kejadian itu dan hanya mengetahui selepas majikannya turun mendapatkan dia dengan tangan terikat,” katanya.

Abdul Rahman berkata siasatan awal mendapati tiga lelaki dipercayai warga tempatan itu memotong pagar belakang rumah mangsa sebelum masuk melalui tingkap dapur kediamanan berkenaan.

Beliau berkata menurut mangsa tiga lelaki berkenaan menggunakan penutup muka dan bersarung tangan panjang bagi mengelak dikesan.

Mangsa yang telah kematian suami dan mempunyai tiga anak tiri yang bekerja serta menetap di Kuala Lumpur itu dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut, katanya.

“Terdapat CCTV di rumah mangsa bagaimanapun ia telah rosak dan polis akan cuba mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya kes disiasat menurut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Sindir Isu Penjualan Babi Besar-Besaran: “Sebab Itu Maka Terhakislah Keyakinan Agama Aku”

PM Anwar Sindir Isu Penjualan Babi Besar-Besaran: “Sebab Itu Maka Terhakislah Keyakinan Agama Aku”

21/06/2026
0

SEBERANG PERAI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang didakwa sengaja menimbulkan polemik berhubung penjualan babi secara...

Kerajaan Johor Teruskan Penyerahan Hak Milik 210 Peneroka FELDA 23 Jun

Kerajaan Johor Teruskan Penyerahan Hak Milik 210 Peneroka FELDA 23 Jun

21/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menegaskan komitmennya dalam membela nasib dan kebajikan warga FELDA apabila meneruskan Majlis Penyerahan Hak Milik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd